Tag Archives: pembantu anti dadah

Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah S19 2023

Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah Gred S19 2023 Agensi Antidadah Kebangsaan (Semenanjung)

Panggilan Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah S19 di Agensi Antidadah Kebangsaan bagi tahun 2023 untuk calon di Semenanjung. Semak panggilan anda sekarang!

Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah S19 2023

PENILAIAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (SEMENANJUNG)

PEMBANTU ANTIDADAH GRED S19
TARIKH : 27 JANUARI 2023 (JUMAAT)
Link Semakan: https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SS20220038

Deskripsi Tugas Pembantu Antidadah Gred S19

Bertanggungjawab dalam mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.

Kekosongan Jawatan

KEKOSONGAN: 39
Simpanan: 40

Apakah Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah Gred S19

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Ujian Psikometrik: Apakah Kriteria Penilaiannya

  • Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
  • Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
  • Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

Sumber: spa.gov.my

Lulus atau Gagal Psikometrik: Bagaimana Ditentukan?

  • Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.
  • Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga, contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

Sumber: spa.gov.my

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah Gred S19

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah Gred S19

ujian psikometrik spa

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2023 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

pembantu antidadah gred s19 jawatan kosong 2022

Pembantu Antidadah Gred S19 di Agensi Antidadah Kebangsaan, 39 Kekosongan

Jawatan kosong Pembantu Antidadah Gred S19 di Agensi Antidadah Kebangsaan untuk tahun 2022 Semenanjung. Permohonan dibuka sekarang!

pembantu antidadah gred s19 jawatan kosong 2022

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (SEMENANJUNG)

SPM / SPM & SKM (KUMPULAN PELAKSANA)

PEMBANTU ANTIDADAH S19
KEKOSONGAN: 39
Simpanan: 40

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 September 2022 (Ahad), jam 11.59 malam

Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Pembantu Antidadah Gred S19

Bertanggungjawab dalam mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.

Syarat Lantikan

(i) Warganegara Malaysia

(ii) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(v) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jadual Gaji

Gaji Minimum: RM1,352.00
Gaji Maksimum: RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

Sumber: Facebook Page SPA

CONTOH SOALAN PEGAWAI PEMBANTU ANTIDADAH GRED S19

Note** Format exam rasmi adalah bergantung kepada SPA. Format exam sebenar akan diketahui setelah panggilan exam dibuat oleh pihak SPA.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM

Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan Pentadbiran kerajaan, dasar-dasar kerajaan & Polisi kementerian, Isu-isu semasa dalam & luar negeri, Perlembagaan Malaysia, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui IT dan teknologi semasa, suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh soalan:

1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

Jawapan: C

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

3.  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

Jawapan: A

4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Jawapan: A

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

Jawapan: A

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh Soalan:

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi sejak tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini.

1. A man was killed when his truck rammed into a _________ car in the middle of a road in Kuantan.

A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery

Jawapan: A

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

A. Solihin got on a plane and managed to arrive on time.
B. There is some pie in the pan over the counter top.
C. Jeffry slept on the couch under the fan last night.
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush.

Jawapan: B

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU ANTIDADAH GRED S19

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh soalan:

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

EBOOK RUJUKAN


RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU ANTIDADAH GRED S19 2023

ujian psikometrik spa

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2023 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Pembantu Anti Dadah S19

Pembantu Anti Dadah 2019 : Contoh Soalan dan Jawapan

Pembantu Anti Dadah 2019 untuk sesi exam 7 November 2019. Itu yang anda Google kan? Exam dah dekat, jadi ramai yang sedang mencari rujukan berkaitan exam Pembantu Anti dadah S19 ni. Tahniah sebab anda jumpa artikel ini. Ini adalah posting latest untuk format baru tahun 2019 ini.

Pembantu Anti Dadah 2019

Jika anda perasan, format soalan Pembantu Antidadah sebelum ini lain dari format exam sesi kali ini. Cuba semak semula format panggilan anda tahun ni dan bandingkan dengan apa yang anda jumpa di Google (selain belog ni la). Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan untuk tapisan ambilan kali ini. Tujuannya hanya satu iaitu untuk dapatkan calon yang betul-betul berkualiti untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam ini.

Tugasan Pembantu Antidadah

Seperti yang dinyatakan oleh pihak SPA di laman rasmi mereka, jawatan ini adalah di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan dalam kategori pelaksana.

Tugasan utama dalam perjawatan adalah;

“Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan”

Dengan gaji permulaan RM1,352 dan maksimum RM4,003 (kemaskini Oktober 2019) dibuka untuk calon yang berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Tetapi menjadi bonus untuk calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Format Pembantu Antidadah 2019

Format 2019 untuk kebanyakan jawatan ambilan SPA sekarang dimasukkan komponen penilaian Kefahaman Bahasa Inggeris. Boleh dikatakan hampir semua penilaian bermula tahun 2019 ini menggunakan format ini.

Apa yang bagusnya dan satu ‘advantage’ untuk calon, tiada lagi penilaian PENGETAHUAN AM yang menjadi keluhan kebanyakan calon sebelum ini. Mereka maklumkan sesksyen ini mempunyai penilaian rambang dan tiada nota khusus yang tepat untuk seksyen Pengetahuan Am ini.

Format Pembantu Antidadah 2019

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris\

Alhamdulillah, untuk penilaian kali ini pihak SPA dan buang bahagian PENGETAHUAN AM dan digantikan dengan seksyen yang lebih bermakna bagi kami di Tim Infokerjaya dalam nak bantu calon exam Pembantu Antidadah 2019 atau spesifik Pembantu Antidadah S19 Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Kita terus ke Contoh Soalan Pembantu Antidadah S19.

Contoh Soalan Seksyen A

Seksyen A adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan soalan yang memerlukan pengiraan dengan pantas dalam masa yang singkat.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah

penolong pegawai tadbir n29

Jawapan: D

Rasional: Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamad adalah hakim. Tambahan pula, peguambela sudah pasti menyebelahi anak guamnya. Kenyataan jururawat juga tidak boleh diterima kerana jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh. Kenyataan profesor ekonomi pula lebih kepada spekulasi atau ramalan sahaja. Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan yang benar-benar berlaku padanya.

“Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”


soalanpenolongpegawaitadbir

Jawapan: C

Rasional: Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap sebagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.


penolong pegawai tadbir n29 pengurusan stor
penolong pegawai tadbir n29 penurusan stor

soalan pegawia tadbir pengurusan stor
soalan exam pegawai tadbir

contohsoalanpenolongpegawaitadbir
pengurusan stor penolong pegawai tadbir

Contoh Soalan Seksyen B

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA dan dimasukkan dalam penilaian Pembantu Antidadah S19. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini

pembantu antidadah s19

Question 15 – 19
Read the passage below and answer the questions that follow.

David, my son was born by emergency caesarean section in a hospital in Cambridge, England. The first thing I noticed when they pulled him into the world was a gaping black hole in the middle of his face. Strangely, I wasn’t shocked by his harelip. I was infatuated by the tiny life I held in my arms.

But things did not go well. David struggled to feed, he choked and slept a lot. I could no longer hide my fear I knew that he was ill. We were back in hospital before he was a month old. There we saw various specialists who meticulously catalogued a long list of abnormalities. After days of tests and consultations, the doctor told us among other things that David had holes in the heart, only one kidney, spinal abnormalities and the fibres connecting the two hemispheres of the brains were missing. The doctor said that David has to have open-heart surgery really soon.

His words sank in, but I had already made the decision. David was all right. “But he is so much more at ease away from here. We don’t want any more investigations. No more needles or tests unless you can prove they will improve his quality of life. We fly back to Nepal this Sunday.”

Back in Nepal, the peace and pace was healing for all of us, and David’s tube stayed in less and less. He seemed to be doing so well that we decided to take a break and head into the mountains. We flew to Pokhara and we walked north towards the grand Annapura, through the deepest gorge in the world. At a height of 2807m above sea level, we were short of breath but the holes in David’s heart had stimulated him to produce more red blood cells to cope in the thin mountain air.

When David was five months old, we took him back to the Cambridge hospital. The clinical staffs were amazed at how well David had done. They were astonished that his growing heart had repaired theholes. He no longer needed the medicines – and he never had that open heart surgery.

Adapted from an article “Mountain Baby” in the Guardian by Dr. Jane Wilson Howarth

exam penolong pegawai tadbir n29
Soalan penolong pegawai tadbir n29

PENUTUP

Harap anda dapat maklumat ringkas dan jelas bagaimana penilaian untuk 2 Seksyen ini bagi Exam Pembantu Anti Dadah 2019 ini. Serius, kita tak nak anda hadir exam dalam keadaan blurrr dan terkapai-kapai masa exam nanti.

Fahamkan dan semai dalam minda bagaimana soalan ini ditanya. Untuk rujukan penuh contoh soalan dan nota Pembantu Anti Dadah 2019 ini, terus semak rujukan lengkap ini di https://bantuankerjaya.com/

Pembantu Anti Dadah 2019

Kongsikan artikel ini dengan sahabat-sahabat anda yang dipanggil ke sesi exam Pembantu Anti Dadah 2019 ini.