Pembantu Antidadah Gred S19 di Agensi Antidadah Kebangsaan, 39 Kekosongan

Jawatan kosong Pembantu Antidadah Gred S19 di Agensi Antidadah Kebangsaan untuk tahun 2022 Semenanjung. Permohonan dibuka sekarang!

pembantu antidadah gred s19 jawatan kosong 2022

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (SEMENANJUNG)

SPM / SPM & SKM (KUMPULAN PELAKSANA)

PEMBANTU ANTIDADAH S19
KEKOSONGAN: 39
Simpanan: 40

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 September 2022 (Ahad), jam 11.59 malam

Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Pembantu Antidadah Gred S19

Bertanggungjawab dalam mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.

Syarat Lantikan

(i) Warganegara Malaysia

(ii) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(v) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jadual Gaji

Gaji Minimum: RM1,352.00
Gaji Maksimum: RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

Sumber: Facebook Page SPA

Contoh Soalan Pembantu Antidadah S19


Latest Comments

  1. Nur Sazirah Binti Sazali September 6, 2022
  2. En Hafiz September 6, 2022

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.