Berita baik untuk anda yang sedang mencari peluang menyertai sektor perkhidmatan awam!
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka permohonan bagi jawatan PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP1 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Apa yang menarik perhatian dalam pengambilan kali ini ialah jumlah kekosongannya agak banyak iaitu 69 kekosongan, manakala seramai 207 calon boleh ditempatkan dalam senarai simpanan. Maklumat ini adalah berdasarkan hebahan rasmi SPA.
Kalau selama ini anda menunggu peluang untuk memohon jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara, ini antara iklan yang memang patut diberi perhatian.
Berdasarkan rekod SPA yang boleh dijejaki, urusan Pembantu Pendaftaran juga pernah berlangsung pada tahun 2024, termasuk urusan temuduga bagi gred terdahulu KP19. Jadi memang tidak pelik kalau ramai calon merasakan pengambilan kali ini sudah agak lama dinanti.
Paling penting, jangan terlepas tarikh tutup.
Tarikh tutup permohonan: 10 Ogos 2026 (Isnin), jam 11.59 malam.
Permohonan boleh dilakukan melalui portal rasmi SPA9:
Portal tersebut merupakan Sistem Permohonan Jawatan SPA dan menyediakan kemudahan log masuk atau pendaftaran pengguna baharu.
Maklumat Jawatan PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP1
Berikut adalah maklumat ringkas jawatan yang sedang dibuka:
- Jawatan: Pembantu Pendaftaran Gred KP1
- Jabatan: Jabatan Pendaftaran Negara
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Klasifikasi: Keselamatan dan Pertahanan Awam
- Kekosongan: 69
- Simpanan: 207
- Tarikh Tutup: 10 Ogos 2026
- Masa Tutup: 11.59 malam
SPA turut menyenaraikan jadual gaji bagi Pembantu Pendaftaran Gred KP1 dengan gaji minimum RM1,500, gaji maksimum RM4,680 dan kadar kenaikan gaji tahunan RM100.
Gaji permulaan pula boleh berbeza mengikut kelayakan calon.
Syarat Permohonan Pembantu Pendaftaran Gred KP1
Secara asasnya, calon boleh memohon menggunakan kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SPA turut menyediakan laluan kelayakan melalui SVM serta kombinasi SPM dengan SKM Tahap 2 atau SKM Tahap 3.
Kelayakan SPM
Calon yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf yang diiktiraf kerajaan boleh dipertimbangkan.
Gaji permulaan yang dinyatakan SPA bagi kelayakan ini ialah RM1,500.
Kelayakan SVM
Berdasarkan lampiran hebahan pengambilan, antara bidang Sijil Vokasional Malaysia yang ditetapkan ialah:
- Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian; atau
- Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.
Bagi laluan SVM, SPA menyatakan gaji permulaan Gred KP1 ialah RM1,500.
Kelayakan SKM Tahap 2
Bagi calon SPM yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2, bidang yang disenaraikan dalam lampiran pengambilan ialah:
Pengurusan Pejabat.
SPA menyatakan gaji permulaan bagi kombinasi SPM dan SKM Tahap 2 ialah RM1,561.
Kelayakan SKM Tahap 3
Bagi calon SPM yang mempunyai SKM Tahap 3 pula, bidang yang disenaraikan ialah:
Penyeliaan Pengurusan Pejabat; atau Pentadbiran Pejabat.
Gaji permulaan yang dinyatakan SPA bagi kombinasi SPM dan SKM Tahap 3 ialah RM1,622.
Syarat Bahasa Melayu Pembantu Pendaftaran KP1
Selain kelayakan akademik, jangan terlepas syarat Bahasa Melayu.
Calon perlu mempunyai Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Ini perkara yang kadang-kadang calon terlepas pandang.
Nampak kelayakan akademik dah ngam, terus tekan mohon. 😅
Sebaiknya semak satu demi satu syarat sebelum mengemas kini permohonan SPA9.
Sumber rujukan rasmi syarat jawatan:
Cara Daftar Kelayakan SVM dan SKM Dalam SPA9
Untuk pemohon yang menggunakan kelayakan SVM atau SKM, pastikan kelayakan tersebut dimasukkan pada ruangan yang betul dalam SPA9.
SPA menjelaskan bahawa pemohon SVM perlu mendaftarkan kelayakan melalui menu:
Maklumat Pemohon → Maklumat Kelayakan Akademik → SVM
Manakala pemohon SKM pula perlu menggunakan:
Maklumat Pemohon → Maklumat Kelayakan Akademik → SKM.
Jangan sekadar pernah daftar SPA9 beberapa tahun lepas kemudian anggap semuanya masih lengkap.
Semak semula maklumat akademik, nombor telefon, e-mel, kelayakan dan pusat temu duga sebelum tarikh tutup.
Taraf Pelantikan Pembantu Pendaftaran Gred KP1
Berdasarkan poster pengambilan yang dikeluarkan SPA, calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga tahun.
Bagi pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan kerajaan pula, pelantikan adalah secara tetap.
SPA turut menyatakan bahawa penetapan jantina calon boleh ditentukan oleh Suruhanjaya mengikut keperluan perkhidmatan.
Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran Gred KP1
Selepas permohonan dibuat, antara perkara yang patut mula diberi perhatian ialah ujian psikometrik SPA sekiranya calon dipanggil mendudukinya.
Ramai calon buat silap kerana hanya mula mencari contoh soalan selepas e-mel panggilan masuk.
Sebenarnya anda boleh mula memahami cara ujian psikometrik berfungsi lebih awal.
Untuk jawatan seperti Pembantu Pendaftaran Gred KP1, antara karakter yang secara logiknya relevan dengan tugasan ialah ketelitian, integriti, disiplin, kawalan emosi, kebolehan mematuhi prosedur dan keselesaan berurusan dengan orang ramai.
Ujian psikometrik bukan sekadar melihat satu jawapan secara berasingan. Corak dan konsistensi jawapan juga penting.
Tips Menjawab Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP1
Pertama, fahami maksud ayat sebelum menjawab. Jangan nampak perkataan positif terus pilih Sangat Setuju.
Kedua, cuba bezakan antara Setuju dengan Sangat Setuju. Sangat Setuju biasanya menunjukkan kenyataan tersebut benar-benar kuat menggambarkan diri anda.
Ketiga, perhatikan soalan yang membawa maksud hampir sama tetapi ditulis dalam bentuk berbeza. Jangan sampai soalan pertama anda jawab satu arah, lima puluh soalan kemudian anda jawab bercanggah.
Keempat, jangan cuba kelihatan terlalu sempurna. Ada kenyataan yang menggunakan perkataan mutlak seperti “sentiasa”, “tidak pernah”, “langsung tidak pernah” dan sebagainya. Baca konteks dengan teliti.
Dan kelima, jangan tunggu malam sebelum ujian baru nak faham semuanya. Buat latihan lebih awal supaya anda biasa dengan bentuk kenyataan psikometrik.
5 Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Pendaftaran Gred KP1
Nota: Soalan di bawah adalah contoh latihan dan bukan soalan rasmi atau soalan bocor SPA. Cadangan jawapan diberikan untuk membantu calon memahami nilai yang cuba dinilai.
Contoh Soalan 1
“Saya akan menyemak semula maklumat sebelum sesuatu rekod disahkan.”
Cadangan jawapan: Sangat Setuju
Huraian:
Jawapan ini menunjukkan sikap teliti dan bertanggungjawab. Dalam tugas yang melibatkan maklumat atau rekod individu, kesilapan kecil boleh memberi kesan besar. Calon yang mempunyai tabiat menyemak semula kerja biasanya menunjukkan tahap ketelitian yang baik.
Contoh Soalan 2
“Saya mudah hilang sabar apabila berhadapan dengan pelanggan yang banyak bertanya.”
Cadangan jawapan: Sangat Tidak Setuju
Huraian:
Jawatan yang mempunyai kaitan dengan perkhidmatan kepada orang ramai memerlukan kawalan emosi. Pelanggan datang dengan pelbagai latar belakang dan tahap kefahaman. Sikap cepat marah atau hilang sabar boleh menjejaskan mutu perkhidmatan.
Contoh Soalan 3
“Saya sanggup mengabaikan prosedur tertentu jika diminta oleh rakan sekerja yang rapat dengan saya.”
Cadangan jawapan: Sangat Tidak Setuju
Huraian:
Soalan seperti ini berkaitan dengan integriti, pematuhan prosedur dan profesionalisme. Hubungan peribadi tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mengetepikan peraturan yang telah ditetapkan.
Contoh Soalan 4
“Saya mampu mengekalkan tumpuan walaupun melakukan tugasan yang hampir sama berulang kali.”
Cadangan jawapan: Sangat Setuju
Huraian:
Sesetengah tugasan pentadbiran dan pendaftaran mungkin memerlukan proses yang berulang. Walaupun rutin, ketepatan tetap penting. Calon perlu mampu mengekalkan fokus dan tidak mengambil mudah hanya kerana sudah biasa melakukan tugasan tersebut.
Contoh Soalan 5
“Saya lebih suka membuat andaian sendiri daripada bertanya apabila arahan yang diberikan kurang jelas.”
Cadangan jawapan: Tidak Setuju
Huraian:
Membuat andaian tanpa mendapatkan kepastian boleh menyebabkan kesilapan. Dalam persekitaran kerja, lebih baik mendapatkan penjelasan apabila arahan kurang jelas, terutama jika keputusan tersebut melibatkan rekod, prosedur atau pelanggan.
Nak Buat Persediaan Psikometrik Lebih Awal?
Kalau anda jenis yang selalu tertanya-tanya:
“Kenapa soalan dia macam berulang?”
“Beza Setuju dengan Sangat Setuju tu macam mana?”
“Kenapa dah banyak kali jawab psikometrik tapi masih tak lepas?”
atau anda memang mahu lebih banyak contoh soalan untuk dibuat latihan, anda boleh gunakan Rujukan Ujian Psikometrik sebagai bahan persediaan.
Rujukan ini sesuai digunakan untuk membantu calon memahami bentuk soalan, teras penilaian, strategi menjawab dan membuat lebih banyak latihan sebelum hari ujian.
👉 Dapatkan Rujukan Psikometrik di sini:
https://bantuankerjaya.com/tempahrujukanpsikometrik/
Tidak perlu tunggu sampai e-mel panggilan ujian masuk baru kelam-kabut mencari contoh soalan.
Tips Temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP1
Kalau berjaya melepasi peringkat saringan dan dipanggil ke temuduga nanti, jangan pula datang dengan persediaan:
“Harap-harap panel tanya yang senang.” 😅
Temuduga kerajaan bukan sekadar menghafal jawapan.
Kenali Jabatan Pendaftaran Negara
Ambil tahu fungsi JPN, perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat dan peranan jawatan yang anda mohon.
Jangan sampai panel tanya:
“Apa yang anda tahu tentang Jabatan Pendaftaran Negara?”
kemudian jawapan anda hanya:
“JPN buat IC.”
Jawapan perlu lebih matang dan menunjukkan anda memang membuat persediaan.
Fahami Jawatan Yang Dipohon
Pastikan anda tahu mengapa anda mahu menjadi Pembantu Pendaftaran Gred KP1 dan apakah kekuatan diri yang sesuai dengan jawatan tersebut.
Antara kekuatan yang boleh dihuraikan ialah ketelitian, komunikasi, disiplin, integriti, kesediaan belajar dan kebolehan berurusan dengan orang ramai.
Tetapi jangan sekadar menyebut:
“Saya seorang yang teliti.”
Berikan contoh pengalaman yang membuktikan anda memang teliti.
Latih Soalan Popular Temuduga
Antara soalan yang boleh anda latih lebih awal termasuk:
“Ceritakan tentang diri anda.”
“Kenapa anda mahu bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara?”
“Apakah kekuatan anda?”
“Bagaimana anda menghadapi pelanggan yang marah?”
“Mengapa kami perlu memilih anda?”
Buat latihan berkata-kata. Bila dah biasa bercakap, jawapan akan kedengaran lebih natural berbanding calon yang sekadar menghafal skrip bulat-bulat.
Rujukan Temuduga Kerajaan
Untuk calon yang mahu membuat persediaan lebih tersusun sebelum menghadapi temuduga SPA, boleh gunakan rujukan berikut:
👉 Rujukan Temuduga Kerajaan:
https://semakan.info/tim/temuduga-kerajaan/30
Dan satu lagi panduan yang boleh dijadikan rujukan tambahan ialah Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan, yang memberi fokus kepada persediaan menghadapi sesi temuduga kerajaan.
👉 Dapatkan di sini:
https://klikjer.com/members/go.php?id=4652_54
Lebih awal anda faham bentuk soalan dan cara menyusun jawapan, lebih banyak masa anda ada untuk berlatih.
Jangan Terlepas Permohonan Pembantu Pendaftaran Gred KP1
Dengan 69 kekosongan dan 207 calon simpanan, pengambilan Pembantu Pendaftaran Gred KP1 kali ini memang wajar diberi perhatian oleh calon yang memenuhi syarat. Angka tersebut datang daripada hebahan rasmi SPA bagi pengambilan Jabatan Pendaftaran Negara ini.
Kalau anda layak, jangan sekadar simpan link dengan niat:
“Nanti aku isi.”
Tahu-tahu dah 12.01 malam. 😅
Tarikh tutup permohonan ialah:
10 OGOS 2026 (ISNIN)
11.59 MALAM
Terus ke SPA9:
Pastikan anda menyemak maklumat peribadi, kelayakan akademik dan pilihan jawatan sebelum menghantar atau mengemas kini permohonan.
Selepas selesai memohon, jangan berhenti setakat itu.
Mula perlahan-lahan buat persediaan untuk kemungkinan ujian psikometrik Pembantu Pendaftaran Gred KP1 dan seterusnya temuduga. Bila panggilan benar-benar keluar nanti, sekurang-kurangnya anda tidak bermula daripada kosong.
Semoga dipermudahkan urusan dan semoga ada rezeki anda menjadi salah seorang calon yang berjaya untuk pengambilan PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP1 Jabatan Pendaftaran Negara kali ini.
Sumber Rujukan
Syarat rasmi Pembantu Pendaftaran Gred KP1 – SPA:
https://www.spa.gov.my/syarat-permohonan/spm-svm/pembantu-pendaftaran-gred-kp1
Sistem Permohonan SPA9:
https://spa9.spa.gov.my/