Berita baik untuk anda yang sudah lama menunggu peluang menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Permohonan bagi jawatan PEGAWAI BOMBA GRED KB1 kini dibuka untuk pengambilan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Dan kalau tengok jumlah pengambilan kali ini, memang bukan sedikit.
Secara keseluruhan terdapat 500 kekosongan, manakala jumlah calon simpanan pula mencecah 1,500 orang berdasarkan hebahan pengambilan SPA.
Kalau selama ini anda memang bercita-cita nak pakai uniform BOMBA, suka kerjaya yang mencabar, mahu berkhidmat kepada masyarakat dan memenuhi syarat yang ditetapkan, jangan lepaskan peluang pengambilan kali ini.
Cuma satu perkara penting:
Jangan tunggu saat akhir baru nak buka SPA9.
Tarikh tutup permohonan ialah pada:
12 OGOS 2026 (RABU)
11.59 MALAM
Selepas waktu tersebut, habislah peluang untuk urusan pengambilan ini.
Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, SPA9.
👉 SPA9:
https://spa9.spa.gov.my/
Maklumat Jawatan PEGAWAI BOMBA GRED KB1
Berikut merupakan ringkasan pengambilan kali ini:
Jawatan: Pegawai Bomba Gred KB1
Jabatan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi: Keselamatan dan Pertahanan Awam
Kekosongan Pegawai Bomba Gred KB1 Semenanjung
Kekosongan: 350
Simpanan: 1,050
Kekosongan Pegawai Bomba Gred KB1 Sabah
Kekosongan: 75
Simpanan: 225
Kekosongan Pegawai Bomba Gred KB1 Sarawak
Kekosongan: 75
Simpanan: 225
Jadi jumlah keseluruhan ialah:
500 kekosongan
1,500 calon simpanan
Jumlah yang agak besar ini sudah tentu satu berita yang menarik, terutama kepada calon lepasan SPM, SVM dan mereka yang mempunyai SKM dalam bidang berkaitan.
Tetapi jangan nampak angka 500 terus rasa:
“Ramai ni, mesti senang nak dapat.”
Belum tentu ya. 😅
Jawatan beruniform biasanya mendapat perhatian ramai calon. Sebab itu selain memastikan syarat akademik dipenuhi, anda juga perlu memberi perhatian kepada syarat fizikal, pancaindera serta ujian-ujian lain yang ditetapkan.
Syarat Permohonan Pegawai Bomba Gred KB1
SPA menyenaraikan beberapa laluan kelayakan untuk lantikan ke jawatan Pegawai Bomba Gred KB1. Antaranya ialah SPM, SVM, bekas anggota tentera tertentu serta SPM bersama SKM Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
Untuk semakan paling tepat dan terkini, calon sangat digalakkan membaca sendiri syarat rasmi SPA di sini:
👉 Syarat Rasmi Pegawai Bomba Gred KB1:
https://www.spa.gov.my/syarat-permohonan/spm-svm/pegawai-bomba-gred-kb1/
Kelayakan SPM Pegawai Bomba Gred KB1
Calon boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Gaji permulaan yang dinyatakan SPA bagi laluan kelayakan ini ialah RM1,500.
Kelayakan SVM Pegawai Bomba Gred KB1
Calon yang mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf kerajaan juga boleh dipertimbangkan. SPA menetapkan gaji permulaan RM1,500 bagi laluan SVM.
Berdasarkan lampiran pengambilan, antara bidang SVM yang disenaraikan ialah:
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Automotif
- Teknologi Enjin Marin
- Teknologi Pembuatan Bot
- Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
- Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web
Kalau anda mempunyai SVM, semak betul-betul nama bidang pada sijil dengan bidang yang ditetapkan.
Jangan hanya fikir:
“Lebih kurang sama kot.”
Untuk urusan permohonan jawatan kerajaan, “lebih kurang” itu yang kadang-kadang buat kita tersangkut.
Kelayakan SKM Tahap 2 Pegawai Bomba Gred KB1
Calon yang mempunyai SPM bersama Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan juga mempunyai laluan untuk memohon.
SPA menyatakan gaji permulaan bagi kelayakan SPM bersama SKM Tahap 2 ialah RM1,561.
Antara bidang SKM Tahap 2 yang disenaraikan dalam lampiran ialah:
- Pembantu Kanan Kecemasan
- Pemasang Perlindungan Kebakaran (Mekanikal)
- Pemasang Perlindungan Kebakaran (Elektrik)
- Aplikator Perlindungan Kebakaran (Pasif)
- Pembantu Penyelenggaraan Perlindungan Kebakaran
- Juruteknik Penyenggaraan Dalaman Pesawat
- Juruteknik Perubatan Kecemasan Asas
Kelayakan SKM Tahap 3 Pegawai Bomba Gred KB1
Bagi calon yang mempunyai SPM bersama SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan, SPA menetapkan gaji permulaan sebanyak RM1,622.
Antara bidang yang disenaraikan dalam lampiran pengambilan termasuk:
- Operasi Pembaikpulih dan Pemeriksaan Struktur Kepingan Logam Aeroangkasa
- Sokongan Penyenggaraan Dalaman Pesawat
- Eksekutif Perlindungan Kebakaran
- Penyelia Perlindungan Kebakaran (Pasif)
- Penyelia Penyelenggaraan Perlindungan Kebakaran
- Operasi Penyelenggaraan Pesawat
- Juruteknik Kanan Penyenggaraan Dalaman Pesawat
- Juruteknik Peralatan Sokongan Darat Pesawat
- Juruteknik Perubatan Kecemasan Pertengahan
- Penyelia Pembantu Kecemasan
- Penyelenggaraan Selam Skuba
- Operasi Selam Skuba
- Fire Rescue And Hazard Management (Oil, Gas & Petrochemical)
- Penyelia Keselamatan Unit Anjing (K9)
- Pengawasan Keselamatan Pelabuhan
Syarat Fizikal Pegawai Bomba Gred KB1
Bahagian ini WAJIB diberi perhatian.
Bukan sebab anda cukup syarat SPM, terus automatik memenuhi semua syarat Pegawai Bomba.
Jawatan ini turut mempunyai syarat ukuran fizikal dan pancaindera.
Menurut SPA, calon lelaki perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.57 meter, manakala wanita sekurang-kurangnya 1.53 meter tanpa bersepatu.
Berat Badan Minimum
Berat badan minimum pula ialah:
Lelaki: 48 kg
Wanita: 46 kg
Calon juga perlu mempunyai Indeks Jisim Badan atau BMI antara 19 hingga 26.
Ukuran Dada Bagi Lelaki
Bagi calon lelaki, ukuran dada biasa perlu sekurang-kurangnya 81 sentimeter, manakala ketika menarik nafas ukurannya perlu sekurang-kurangnya 86 sentimeter.
Syarat Penglihatan
SPA turut menetapkan calon perlu lulus ujian penglihatan mata kiri dan kanan secara berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
Pengecaman warna dan pendengaran juga perlu tidak cacat. Calon turut perlu diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Jadi sebelum memohon, elok semak perkara ini terlebih dahulu.
Jangan hanya semak SPM dan umur, tetapi syarat fizikal satu pun tak tengok.
Syarat Bahasa Melayu Pegawai Bomba KB1
Bagi laluan kelayakan tertentu yang dinyatakan SPA, calon perlu mempunyai Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
Calon juga perlu lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Sebab itu jangan anggap perjalanan anda berhenti selepas klik butang mohon di SPA9.
Memohon baru langkah pertama.
Gaji Pegawai Bomba Gred KB1
Berdasarkan maklumat rasmi SPA, jadual gaji bagi Pegawai Bomba Gred KB1 ialah:
Gaji minimum: RM1,500
Gaji maksimum: RM4,680
Kadar kenaikan gaji tahunan: RM100
Gaji permulaan pula bergantung kepada kelayakan yang digunakan ketika lantikan seperti SPM, SVM ataupun kombinasi SPM dan SKM.
Taraf Pelantikan Pegawai Bomba Gred KB1
Berdasarkan hebahan pengambilan, calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga tahun.
Bagi pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, pelantikan adalah secara tetap.
Penetapan jantina calon juga boleh ditentukan oleh Suruhanjaya mengikut keperluan pengambilan.
Cara Mohon Pegawai Bomba Gred KB1 Melalui SPA9
Permohonan dibuat melalui sistem SPA9.
Bagi calon SVM, SPA meminta kelayakan didaftarkan melalui:
Maklumat Pemohon → Maklumat Kelayakan Akademik → SVM
Bagi calon SKM pula:
Maklumat Pemohon → Maklumat Kelayakan Akademik → SKM.
Kalau anda bekas anggota tentera yang menggunakan laluan kelayakan berkaitan, terdapat ruangan khusus bagi maklumat bekas tentera dan kelayakan profesional/ikhtisas dalam SPA9.
Satu lagi tips:
Jangan tunggu jam 11 malam pada 12 Ogos baru nak kemas kini permohonan.
Nanti internet buat hal, terlupa password, SPA9 pula terasa jauh di mata. 😅
Buat awal, semak sekali lagi dan pastikan jawatan tersebut sudah berada dalam senarai permohonan anda.
Ujian Psikometrik Pegawai Bomba Gred KB1
Selepas permohonan, calon perlu bersedia menghadapi proses penilaian yang ditetapkan bagi urusan pengambilan.
Sekiranya urusan anda melibatkan PSEE Ujian Psikometrik, jangan pandang ujian ini sebagai sekadar soalan “Setuju atau Tidak Setuju”.
Psikometrik biasanya digunakan untuk melihat ciri personaliti, kecenderungan tingkah laku dan kesesuaian calon dengan keperluan sesuatu peranan.
Untuk jawatan seperti PEGAWAI BOMBA GRED KB1, antara elemen yang wajar anda fahami termasuklah disiplin, kestabilan emosi, kerja berpasukan, pematuhan prosedur, integriti, ketahanan menghadapi tekanan dan keupayaan bertindak secara rasional.
Yang penting, jangan cuba menghafal jawapan semata-mata.
Fahami apa yang dinilai.
Tips Menjawab Ujian Psikometrik Pegawai Bomba
Antara tips yang boleh diamalkan:
1. Baca maksud soalan, bukan sekadar perkataan positif atau negatif.
Ada soalan yang sengaja disusun supaya calon mudah tersalah faham.
2. Pastikan jawapan konsisten.
Soalan mengenai sifat yang sama boleh muncul dalam bentuk ayat yang berbeza.
3. Bezakan Setuju dengan Sangat Setuju.
Jangan semua perkara positif terus pilih Sangat Setuju. Fikir sejauh mana kenyataan tersebut benar-benar menggambarkan diri anda.
4. Perhatikan perkataan ekstrem.
Contohnya “sentiasa”, “tidak pernah”, “langsung tidak pernah” atau “dalam apa juga keadaan”.
5. Jangan terlalu lama pada satu soalan.
Fahami kenyataan, buat pertimbangan dan teruskan kepada soalan seterusnya.
5 Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Bomba Gred KB1
Nota penting: Contoh berikut hanyalah latihan psikometrik, bukan soalan rasmi atau soalan bocor SPA. Cadangan jawapan diberikan untuk membantu anda memahami kompetensi yang mungkin berkaitan dengan persekitaran kerja.
Contoh Soalan 1
“Saya mampu mengekalkan ketenangan walaupun keadaan di sekeliling menjadi kelam-kabut.”
Cadangan jawapan: Sangat Setuju (SS)
Huraian:
Situasi kecemasan memerlukan seseorang mengawal emosi dan berfikir secara rasional. Panik boleh menyebabkan pertimbangan menjadi lemah. Soalan seperti ini boleh dikaitkan dengan kestabilan emosi dan kawalan diri.
Contoh Soalan 2
“Saya mudah hilang semangat apabila tugasan yang diberikan terlalu mencabar.”
Cadangan jawapan: Tidak Setuju (TS)
Huraian:
Tugas dalam bidang keselamatan dan kecemasan boleh mencabar dari sudut fizikal dan mental. Calon sewajarnya menunjukkan daya tahan dan tidak mudah berputus asa apabila berhadapan kesukaran.
Kenapa bukan terus Sangat Tidak Setuju?
Kerana jangan terlalu obses mahu kelihatan sempurna. Nilai kenyataan berdasarkan diri dan konteks soalan.
Contoh Soalan 3
“Saya sanggup bekerjasama dan menerima arahan apabila sesuatu tugasan perlu diselesaikan sebagai satu pasukan.”
Cadangan jawapan: Sangat Setuju (SS)
Huraian:
Operasi kecemasan bukan kerja seorang diri. Kerjasama, komunikasi dan kemampuan mengikuti arahan sangat penting apabila setiap ahli mempunyai tanggungjawab tertentu.
Contoh Soalan 4
“Saya sanggup mengabaikan prosedur keselamatan jika ia dapat mempercepatkan sesuatu tugasan.”
Cadangan jawapan: Sangat Tidak Setuju (STS)
Huraian:
Ini berkaitan dengan disiplin, keselamatan dan pematuhan prosedur. Cepat tidak semestinya bagus jika cara yang digunakan boleh membahayakan diri, rakan sekerja atau orang lain.
Contoh Soalan 5
“Apabila ditegur oleh ketua, saya lebih suka mempertahankan diri daripada mendengar teguran tersebut terlebih dahulu.”
Cadangan jawapan: Tidak Setuju (TS)
Huraian:
Calon yang matang sepatutnya boleh menerima teguran secara profesional. Ini tidak bermaksud menerima semua perkara tanpa berfikir, tetapi menunjukkan kesediaan mendengar, menilai dan memperbaiki diri.
Rujukan Ujian Psikometrik Pegawai Bomba Gred KB1
Kalau anda masih blur tentang perkara seperti:
“Beza Setuju dengan Sangat Setuju apa?”
“Kenapa soalan psikometrik macam berulang?”
“Macam mana nak tahu teras yang sedang dinilai?”
“Atau saya dah banyak kali ambil psikometrik tetapi masih tak lepas?”
anda boleh mula membuat latihan lebih awal menggunakan Rujukan Ujian Psikometrik.
Rujukan ini sesuai untuk calon pelbagai jawatan kerajaan dan membantu calon memahami bentuk soalan, teknik menjawab, teras penilaian serta membuat lebih banyak latihan sebelum ujian sebenar.
👉 Dapatkan Rujukan Psikometrik:
https://bantuankerjaya.com/tempahrujukanpsikometrik/
Jangan tunggu e-mel panggilan masuk baru nak cari:
“Contoh soalan psikometrik bomba.”
Masa itu semua orang pun tengah cari benda yang sama. 😅
Tips Temuduga Pegawai Bomba Gred KB1
Kalau berjaya mara ke peringkat temuduga, antara perkara pertama yang perlu dibuat ialah kenali Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan lebih mendalam.
Bukan sekadar tahu:
“Bomba padam api.”
Itu budak sekolah rendah pun tahu. 😅
1. Kenali JBPM dan skop kerjaya
Baca mengenai fungsi jabatan, tanggungjawab anggota bomba serta bentuk perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.
2. Bersedia jawab “Kenapa mahu jadi bomba?”
Elakkan jawapan terlalu umum seperti:
“Sebab kerja kerajaan stabil.”
Ceritakan motivasi yang lebih relevan dengan jawatan seperti minat terhadap kerjaya beruniform, disiplin, kesediaan membantu masyarakat, kerja berpasukan dan kemampuan menghadapi cabaran.
3. Latih soalan situasi
Contohnya:
“Apa yang anda akan lakukan jika menerima arahan dalam keadaan kecemasan?”
Atau:
“Bagaimana anda berhadapan dengan rakan sepasukan yang sukar memberikan kerjasama?”
Jawapan perlu menunjukkan kematangan, disiplin, komunikasi dan pemikiran yang rasional.
4. Jaga komunikasi dan penampilan
Jawab dengan jelas, sopan dan yakin.
Tidak perlu bercakap macam pengacara TV. Yang penting, panel faham jawapan anda dan nampak anda bersedia.
5. Berlatih sebelum hari temuduga
Jangan biarkan kali pertama anda cuba menjawab soalan temuduga ialah ketika sudah duduk depan panel.
Latih suara, susunan jawapan dan bahasa badan lebih awal.
Rujukan Temuduga Kerajaan
Kalau anda mahu persediaan yang lebih tersusun apabila dipanggil ke temuduga nanti, anda boleh gunakan rujukan berikut:
👉 Rujukan Temuduga Kerajaan:
https://semakan.info/tim/temuduga-kerajaan/30
Dan anda juga boleh dapatkan rujukan temuduga tambahan di sini:
👉 https://klikjer.com/members/go.php?id=4652_54
Gunakan tempoh sebelum temuduga untuk berlatih.
Bukan menghafal skrip bulat-bulat, tetapi belajar bagaimana hendak membina dan menyampaikan jawapan dengan lebih baik.
Jangan Terlepas Permohonan Pegawai Bomba Gred KB1 2026
Pengambilan kali ini menawarkan 500 kekosongan Pegawai Bomba Gred KB1 di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak, dengan 1,500 tempat simpanan. Tarikh tutup ialah 12 Ogos 2026, jam 11.59 malam.
Kalau memenuhi syarat dan memang berminat menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, jangan tangguhkan permohonan.
👉 Mohon melalui SPA9:
https://spa9.spa.gov.my/
👉 Semak syarat rasmi Pegawai Bomba Gred KB1:
https://www.spa.gov.my/syarat-permohonan/spm-svm/pegawai-bomba-gred-kb1/
Selesai memohon, mulakan pula persediaan dari segi fizikal, mental, pengetahuan mengenai jawatan serta persediaan menghadapi proses penilaian.
Kalau ada ujian psikometrik, anda sudah bersedia.
Kalau dipanggil ke peringkat seterusnya, anda tidak bermula daripada kosong.
Kalau sampai ke temuduga, anda sudah ada asas.
Peluang sudah dibuka. Bahagian anda sekarang ialah memohon dan membuat persediaan sebaik mungkin.
Semoga dipermudahkan urusan dan semoga ada rezeki anda menjadi salah seorang yang berjaya menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai PEGAWAI BOMBA GRED KB1.
Sumber Rujukan
Change block type or style
Move Paragraph block from position 217 up to position 216
Block Paragraph is at the end of the content and can’t be moved down
Change text alignment
Displays more block tools
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia – Syarat Pegawai Bomba Gred KB1:
https://www.spa.gov.my/syarat-permohonan/spm-svm/pegawai-bomba-gred-kb1/
Sistem Permohonan SPA9:
https://spa9.spa.gov.my/
Maklumat rasmi SPA mengesahkan jawatan Pegawai Bomba Gred KB1 berada di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kumpulan Pelaksana serta Klasifikasi Keselamatan dan Pertahanan Awam.