Untuk menghadapi temuduga, anda perlu lihat 2 perkara penting iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga. Persediaan
Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu. Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah :
Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.
Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.
Ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan.
2. Selidik sama ada anda memiliki kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.
3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang menghendaki pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan atau pun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini amat berfaedah sekiranya anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.
4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum sesi temuduga dimulakan. Jangan sekali-kali datang lewat.
5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. Elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, memakai minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.
6. Kuku jari anda mestilah bersih. Rambut hendaklah pendek dan kemas. Kasut hendaklah bersih dan dikilatkan. Pilih kasut yang biasa dipakai oleh penjawat awam.
7. Bawa bersama sijil-sijil akademik dari sekolah dan institusi pengajian tinggi, dokumen-dokumen asal dan surat akuan untuk disemak oleh penemuduga. Susun dokumen tersebut dalam fail lutsinar mengikut susunan kelayakan terendah kepada kelayakan yang tertinggi.
8. Apabila dipanggil masuk ke bilik temuduga, ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Masuk dengan tenang dan mula bersedia untuk ditemuduga.
9. Sediakan penama dan butiran 2 orang yang mengenali anda dan bukan terdiri dari saudara-mara anda untuk memberikan perakuan terhadap diri anda. Dapatkan keizinan dari mereka terlebih dahulu.
RUJUKAN RAHSIA PERSIAPAN TEMUDUGA KERAJAAN
Anda boleh terus dapatkan pakej rujukan yang telah banyak membantu calon-calon temuduga memasuki kerja kerajaan sejak tahun 2009 sehingga kini tahun 2022. Gunakan pengalaman kami selama 13 tahun bantu calon temuduga spa melalui rujukan. Terus dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di laman di bawah ini: