Psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan N19 MINDEF Serta Pelbagai 2022 (Semenanjung)

Panggilan Ujian Psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan N19 untuk Kementerian Pertahanan Malaysia serta pelbagai jabatan/kementerian (Semenanjung). Semak panggilan anda sekarang!

Ujian Psikometrik Pembantu Penyediaan Makanan N19

PENILAIAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N19
TARIKH: 17 NOVEMBER 2022 (KHAMIS)
Link Semakan: https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SS20220021

Deskripsi Tugas Pembantu Penyediaan Makanan N19

Bertanggungjawab memilih, mengasingkan dan menerima makanan basah/ mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal. Menyimpan makanan dalam stor, chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan serta melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.

Kekosongan Jawatan

Kekosongan: 30

Simpanan: 300

Sumber: Facebook Page SPA

APAKAH UJIAN PSIKOMETRIK

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N19 2022

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

Ujian Psikometrik: Apakah Kriteria Penilaiannya

  • Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
  • Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
  • Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

Sumber: spa.gov.my

Lulus atau Gagal Psikometrik: Bagaimana Ditentukan?

  • Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.
  • Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga, contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

Sumber: spa.gov.my

RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N19 2022

ujian psikometrik spa

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2022 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.