Ujian Psikometrik Jururawat U41 Kementerian Kesihatan Malaysia 2022

Panggilan Ujian Psikometrik Jururawat U41 di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tahun 2022. Semak panggilan anda sekarang!

Ujian Psikometrik Jururawat U41

PENILAIAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

JURURAWAT GRED U41
TARIKH : 29 NOVEMBER 2022 (SELASA)
Link Semakan: https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SM20220229

Sumber: Facebook Page SPA

Deskripsi Tugas Jururawat Gred U41

  1. Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  2. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  3. Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  4. Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  5. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  6. Membuat pesanan bekalan peralatan.
  7. Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

(a) Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan

  • Pemantauan Kejururawatan
  • Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.

(b) Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan

  • Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
  • Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.

(c) Kawalan Mutu

  • Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
  • Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) – menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.

(d) Latihan Kejururawatan

  • Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.

Kekosongan Jawatan

KEKOSONGAN: 49
SIMPANAN: 110

Apakah Ujian Psikometrik

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat U41

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Jururawat U41

ujian psikometrik spa

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2022 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.