Semakan panggilan Ujian Psikometrik Juruteknik Komputer Gred FT19 di MAMPU (Semenanjung, Sabah & Sarawak) untuk tahun 2022.
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19 |
TARIKH : 17 OGOS 2022 (RABU) |
Semak panggilan anda di link semakan di bawah;
- Semenanjung (link semakan)
- Sabah (link semakan)
- Sarawak (link semakan)
Sumber: SPA
Pastikan para calon sudah bersedia untuk menjawab exam jawatan ini ya.
Kekosongan untuk jawatan ini adalah sebanyak;
Kekosongan: 322
Simpanan: 65
Deskripsi Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.
APAKAH UJIAN PSIKOMETRIK?
Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.
Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/