Jawatan Kosong Pegawai Psikologi Gred S41 Klinikal KKM 2022

Jawatan Kosong Pegawai Psikologi Gred S41 Klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tahun 2022.

jawatan kosong pegawai psikologi klinikal gred s41 kkm 2022

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

IJAZAH (PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (KLINIKAL)
KEKOSONGAN: 8
SIMPANAN: 10

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Pegawai Psikologi Gred S41 (Klinikal)

Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.

Syarat Lantikan

a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c.

(i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi klinikal yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau

(ii) ijazah sarjana dalam bidang psikologi klinikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.70); atau

(iii) ijazah doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,997.32)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi klinikal atau ijazah/ doktor falsafah dalam bidang psikologi klinikal yang diiktiraf dah disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jadual Gaji

Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00RM9,544.00RM225.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Pegawai Psikologi Gred S41 (Klinikal)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.