Jawatan Kosong Pegawai Optometri Gred U41 KKM 2022

Peluang kerjaya jawatan Kosong Pegawai Optometri Gred U41 Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tahun 2022.

jawatan kosong pegawai optometri gred u41 kkm

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

IJAZAH (PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

PEGAWAI OPTOMETRI GRED U41
KEKOSONGAN: 3
SIMPANAN: 20

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Siapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Pegawai Optometri Gred U41

Melaksanakan pemeriksaan mata (Optometris dan Orthoptics), perkhidmatan kanta sentuhan, mengukur ‘K-Reading’ dan ujian penglihatan warna di hospital-hospital Kerajaan.

Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Optometri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Optometri yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jadual Gaji

Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,429.00RM9,656.00RM225.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Pegawai Optometri U41

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.