Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 NAHRIM 2022

Peluang kerjaya jawatan kosong Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) untuk tahun 2022.

jawatan kosong penolong pegawai penyelidik gred q29

KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)(KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR)

DIPLOMA (KUMPULAN PELAKSANA)

PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q29
KEKOSONGAN: 1
SIMPANAN: 2

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Ogos 2021 (Khamis), jam 11.59 malam.

Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29

Membantu Pegawai Penyelidik Gred Q3 dalam perancangan projek penyelidikan, pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisis data-data projek serta penyediaan peralatan projek penyelidikan.

Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

  3. i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains. (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau

    ii. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (Jurusan Sains dan Aliran Teknikal). (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1496.00)

    iii. Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau

    iv. Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,774.37)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penyelidik adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan

(b)

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)

  1. Biokimia dan Biologi
  2. Kimia dan Mikrobiologi
  3. Kimia Gunaan
  4. Kimia
  5. Kimia Perindustrian
  6. Sains (Kimia dan Biologi)
  7. Sains (Kimia Industri) atau
  8. Sains Gunaan

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh STPM/Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil/ Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jadual Gaji

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,496.00RM5,676.00RM145.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Penolong Pegawai Penyelidik Q29

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.