Jawatan Kosong Pengajar U41 (Juruteknologi Pergigian) KKM 2022

Peluang kerjaya jawatan kosong Pengajar U41 (Juruteknologi Pergigian) di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tahun 2022.

jawatan kosong pengajar u41 juruteknologi pergigian 2022
Jawatan Kosong Pengajar U41

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

IJAZAH (PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

PENGAJAR GRED U41 (JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN)
KEKOSONGAN: 4
SIMPANAN: 20

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Ogos 2022 (Khamis), jam 11.59 malam.

Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Pengajar U41 (Juruteknologi Pergigian)

Melaksanakan aktiviti-aktiviti perancangan, penyediaan dan pengurusan latihan tenaga manusia bagi kumpulan paramedik dan auksiliari yang lengkap dan berkesan supaya bekalan tenaga manusia bagi kumpulan paramedik dan auksiliari adalah mencukupi, berkelayakan dan berkualiti untuk menanggung keperluan di sektor awam pada masa sekarang dan akan datang.

Syarat Lantikan

(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c)
i. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
ii. mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
iii. telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika berkenaan)

Syarat Kelayakan Dalam Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam bidang perkhidmatan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengajar Gred U41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
(b) had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Bidang (Ditetapkan Oleh Jabatan)

a. Biologi
b. Biologi/ Kajihayat
c. Health Science @ Sains Kesihatan
d. Pergigian
e. Sains Biologi; atau
f. Teknologi Pergigian

Keperluan Tambahan

(a) Calon juga perlu mempunyai kelulusan asas Diploma dalam bidang Teknologi Pergigian sebagai tambahan daripada ijazah sarjana muda kepujian yang dimiliki; dan

(b) Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jadual Gaji

Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,429.00RM9,656.00RM225.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Pengajar U41 (Juruteknologi Pergigian)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.