Ujian Psikometrik Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 SUKARELAWAN Malaysia 2022 (Semenanjung)

Peperiksaan online Ujian Psikometrik Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 di Jabatan Sukarelawan Malaysia (Semenanjung) untuk tahun 2022.

Soalan psikometrik

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (SEMENANJUNG)

PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19
TARIKH : 24 OGOS 2022 (RABU)

Link semakan: https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SS20220004

Sumber: SPA

APAKAH UJIAN PSIKOMETRIK?

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.