Ujian Psikometrik Pembantu Operasi Gred N11 di JPM & Pelbagai (Semenanjung) 2022

Panggilan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi Gred N11 di Jabatan Perdana Menteri serta di pelbagai kementerian/jabatan untuk calon di semenanjung tahun 2022.

ujian psikometrik pembantu operasi n11 2022
ujian psikometrik pembantu operasi n11 2022

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

JABATAN PERDANA MENTERI SERTA DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN (SEMENANJUNG)

PEMBANTU OPERASI GRED N11
TARIKH : 30 OGOS 2022 (SELASA)

Semak panggilan di laman ini: https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SS20220007

Sumber: SPA

APAKAH UJIAN PSIKOMETRIK?

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU OPERASI

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.