Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 Perlis 2022

Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis 2022.

Jawatan kosong pembantu awam gred h11 perlis 2022

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

PMR/PT3 (KUMPULAN PELAKSANA)

PEMBANTU AWAM GRED H11
KEKOSONGAN: 11
SIMPANAN: 15

Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Untuk yang ingin memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11

  1. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  2. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  3. Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus 4 subjek termasuk Matematik pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Tambahan

Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pemohon dengan kelayakan Sijil Pertolongan Cemas dan/atau kelayakan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.

Jadual Gaji

Gaji Minimum: RM1,218.00
Gaji Maksimum: RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Pembantu Awam Gred H11

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.