Jawatan Kosong Pembantu Operasi Gred N11 Perlis 2022

Jawatan Kosong Pembantu Operasi Gred N11 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis untuk tahun 2022.

jawatan kosong pembantu operasi gred n11

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

PMR/PT3 (KUMPULAN PELAKSANA)

PEMBANTU OPERASI GRED N11
KEKOSONGAN: 3
SIMPANAN: 10

Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Calon yang ingin memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11

  • Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
  • Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Lulus 4 subjek termasuk Matematik pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Lulus 4 subjek termasuk Matematik pada peringkat PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (p)]

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jadual Gaji

Gaji Minimum: RM1,216.00
Gaji Maksimum: RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Pembantu Operasi Gred N11

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.