Jawatan Kosong Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 Pulau Pinang 2022

Jawatan kosong Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2022.

jawatan kosong penolong pegawai syariah gred ls29

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

DIPLOMA (KUMPULAN PELAKSANA)

PENOLONG PEGAWAI SYARIAH GRED LS29
KEKOSONGAN: 1
SIMPANAN: 3

Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Syariah Gred LS29

Mengendalikan hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan yang sedang di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian kes-kes yang berkaitan dan lain-lain.

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c.

  1. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    (Gaji Permulaan pada Gred LS29 : RM1,494.00); atau
  2. Diploma dalam bidang pengajian islam (syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LS29 : RM1,772.65).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Syariah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a.

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas

b. had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)

a. Pengajian Islam (Syariah)
b. Syariah
c. Syariah dan Pengajian Islam
d. Syariah dan Pengurusan
e. Syariah dan Undang-undang
f. Syariah dengan Undang-undang

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang memenuhi kriteria seperti berikut yang layak memohon bagi urusan ini iaitu:

a. calon atau ibu/bapa calon merupakan anak ngeri Pulau Pinang
b. alamat tempat tinggal/semasa calon di Pulau Pinang
c. calon yang telah memperoleh STPM/STAM/Sijil Matrikulasi KPM/Sijil/ diploma dalam bidang pengajian Islam (syariah) yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaintan pada atau sebelum tarikh tutup iklan selaras dengan syarat skim perkhidmatan

Jadual Gaji

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,494.00RM5,674.00RM145.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.