Jawatan Kosong Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 Pulau Pinang 2022

Jawatan Kosong Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG tahun 2022.

jawatan kosong penolong pemelihara hutan g29

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

DIPLOMA (KUMPULAN PELAKSANA)

PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G29
KEKOSONGAN: 1
SIMPANAN: 3

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Penolong Pemelihara Hutan G29

Bertanggungjawab membantu merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar Kerajaan.

Syarat Lantikan Penolong Pemelihara Hutan G29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c.

  1. Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau
  2. diploma dalam bidang perhutanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan di Gred G19/20, G22, G26 atau G28 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pemelihara Hutan Gred G29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a.

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan

b. had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Jadual Gaji

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,494.00RM5,674.00RM 145.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Penolong Pemelihara Hutan G29

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.