Jawatan Kosong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 KKM 2022

Peluang kerjaya jawatan kosong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 di Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2022.

jawatan kosong pegawai pembangunan masyarakat gred s41 kkm 2022

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

IJAZAH (PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41
KEKOSONGAN: 3
SIMPANAN: 25

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan ini, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.

Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

  3. a. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau

    b. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)
1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
2. lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)

a. Kerja Sosial
b. Kerja Sosial Perubatan
c. Pengurusan Kerja Sosial
d. Sains Sosial (Pengajian Kerja Sosial/Kerja Sosial)

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda/ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jadual Gaji

Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00RM9,544.00RM225.00

Sumber: SPA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.