Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Rekod Perubatan KKM (Semenanjung) 2022

Peluang Kerjaya Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Rekod Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenanjung) untuk tahun 2022.

jawatan kosong penolong pegawai tadbir gred n29 rekod perubatan semenanjung

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (SEMENANJUNG)

DIPLOMA (KUMPULAN PELAKSANA)

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (REKOD PERUBATAN)
KEKOSONGAN: 6
SIMPANAN: 15

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Rekod Perubatan

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Memiliki
    a. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
    b. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
    c. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00; atau
    d. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keperluan Bidang Pengkhususan (Ditentukan oleh Jabatan)

(a) Pengurusan Organisasi, Pentadbiran, Operasi;
(b) Sistem Pengurusan Maklumat; atau
(c) Pengurusan Rekod/ Rekod Perubatan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a.

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan

b. had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang memenuhi kriteria seperti berikut yang layak memohon bagi urusan ini iaitu:

a. calon atau ibu/bapa calon merupakan anak negeri di Semenanjung; atau
b. alamat tempat tinggal/ semasa calon di Semenanjung; dan
c. calon yang telah memperoleh STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia/ diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jadual Gaji

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,493.00RM5,672.00RM145.00

Sumber: SPA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.