Semakan Jadual Temuduga Penolong Pegawai AntiDadah Gred S29 AADK 2022

Jadual Temuduga Penolong Pegawai AntiDadah Gred S29 Agensi Antidadah Kebangsaan untuk tahun 2022.

temuduga penolong pegawai antidadah gred s29

Semakan penjadualan temuduga spa bagi bulan Ogos 2022

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

Kumpulan: Pelaksana

PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH GRED S29
Tarikh Temu Duga: 16 Ogos 2022 – 26 Ogos 2022

Link semakan: https://online.spa.gov.my/online/jad_td/rs/jadual_temuduga.php?pemerolehan=SM20210175

Sumber: SPA

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Antidadah Gred S29

Bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Jadual Gaji

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM1,493.00RM5,672.00RM 145.00

Tips Temuduga Kerajaan

TIP #1
Faham jawatan anda. Kenalpasti anda akan diletakkan di bawah kementerian/jabatan mana jika berjaya.
TIP #2
Buka web rasmi kementerian tersebut. Kenalpasti tugasan dan carta organisasi kementerian tersebut.
TIP #3
Rujuk arkib akbar online. Kenalpasti berita berkaitan kerajaan untuk 2 bulan terakhir.
TIP #4
Tingkatkan keyakinan diri dengan berlatih bercakap di hadapan cermin!

Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga

Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.

  1. Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
  2. Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
  3. Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
  4. Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
  5. Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.
  6. Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.

Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.