Peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE). Ujian psikometrik pembantu makmal gred c19 di Jabatan Kimia Malaysia serta di pelbagai kementerian/jabatan untuk kawasan semenanjung tahun 2022.
SPA sudah umumkan tarikh ujian psikometrik untuk jawatan pembantu makmal gred c19 pada tahun 2022 ini.
Semak panggilan di sini:
» https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SS20220014
Dapat panggilan? Buat persediaan dengan selengkapnya.
Berapakah kekosongan untuk jawatan ini?
Kekosongan: 4
Simpanan: 20
Sumber: SPA
Kekosongan tak banyak. Ribuan calon akan merebut 24 slot ini. Calon yang serius nak lulus wajib buat persediaan, wajib study!
Deskripsi Tugas Pembantu Makmal Gred C19
Bertanggungjawab membantu dalam menjalankan analisis kimia serta ujian fizikal terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya, membantu Pegawai Penyelidik dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya. Memastikan kebersihan makmal dan peralatannya dalam keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan serta menjaga rekod stok bahan-bahan makmal.
APAKAH UJIAN PSIKOMETRIK?
Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.
Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Makmal Gred C19
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/