Jawatan Kosong Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Fisioterapi) KKM 2022

Peluang kerjaya jawatan kosong Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Fisioterapi) di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tahun 2022.

jawatan kosong pegawai pemulihan perubatan Gred U41 fisioterapi 2022
Jawatan Kosong Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

IJAZAH (PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41 (FISIOTERAPI)
KEKOSONGAN: 5
SIMPANAN: 15

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41

  • memberi perkhidmatan fisioterapi berjadual dan tugas gentian yang komprehensif kepada pesakit luar dan dalam wad yang diperlukan berlandaskan “Piawaian Amalan Fisioterapi” merangkumi:
    • – menjalankan penilaian terperinci
    • – mengenal pasti masalah-masalah
    • – merangka program rawatan yang bertepatan
    • – melakukan evaluasi/modifikasi rawatan dari semasa ke semasa
    • – memberi maklum balas pesakit kepada doktor yang merujuk
  • mendokumentasi dan menyimpan maklumat mengenai perawatan fisioterapi secara terperinci iaitu: – merekod maklumat penilaian dan perawatan pesakit di dalam borang menggunakan sistem “Problem Oriented Medical Record”
    • – merekod bilangan pesakit dan rawatan di dalam buku rekod statistik harian
    • – menyediakan statistik perawatan/bilangan pesakit bulanan mengikut disiplin dan modality rawatan mengikut keperluan sistem maklumat perawatan perubatan
  • mengambil bahagian yang proaktif di dalam rondaan wad dan mesyuarat klinikal khusus
  • merancang melaksanakan program pendidikan pesakit dan promosi kesihatan
  • memberi “supportive counseling” kepada pesakit dan penjaga
  • menyelia dan memberi bimbingan kepada pelatih fisioterapi dari Koleh Fisioterapi dan lain-lain institusi semasa penempatan klinikal
  • melibatkan diri di dalam sesi program “Continuos Professional Development” di peringkat Jabatan dan Hospital
  • membantu dan melibatkan diri secara terus di dalam program penyelidikan
  • Tugas Lain: Melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Jabatan

Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan fisioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurupulih Perubatan adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
b. had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan fisioterapi yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jadual Gaji

Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,429.00RM9,656.00RM225.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.