Panggilan Ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi tahun 2024. Semak panggilan anda sekarang!
MAKLUMAN TERKINI : PENILAIAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41 DI JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.
Jumlah Kekosongan
KEKOSONGAN: 3 (Semenanjung) SIMPANAN: 15
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
Ujian psikometrik merupakan salah satu komponen penting dalam proses pemilihan calon untuk jawatan dalam sektor kerajaan dan swasta. Ia bertujuan untuk menilai pelbagai aspek personaliti, kemampuan kognitif, dan kesesuaian calon dengan budaya organisasi.
Persiapan yang rapi dan pemahaman yang mendalam tentang ujian ini dapat meningkatkan peluang anda untuk lulus. Berikut adalah panduan lengkap mengenai persediaan calon untuk lulus ujian psikometrik.
Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?
Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2024 ini
Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.
Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.
Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.
Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.
Mengawal Emosi Semasa Temuduga
Sekiranya anda dipandang rendah atau dihina, logiknya anda akan berasa marah dan naik angin. Sudah pasti! Ketika berada di bilik temuduga, anda akan ditanyakan soalan-soalan yang membuatkan anda panas hati kerana ia bakal mencabar kewibawaan anda. Ia adalah salah satu strategi panel penemuduga untuk menguji emosi anda. Adakah anda seorang yang penyabar, cepat marah, kurang sabar dan sebagainya.
Anda yang perlu anda lakukan ialah :
Sedari bahawa panel penemuduga sedang menguji anda.
Jawab setiap pertanyaan dengan jelas dan lantang, tidak terlalu laju atau terlalu perlahan.
Ketepikan sikap ego anda, rendah diri semasa ditemuduga.
Tenangkan diri sebelum menjawab soalan.
Senyumlah walau pun ianya sekadar sebuah lakonan, ikhlaskan senyuman anda.
Buktikan kepada panel penemuduga bahawa anda benar-benar minat dengan jawatan yang dipohon.
Anda dinasihat supaya menjawab soalan dengan tenang, ambil masa untuk berfikir sebentar dan mulai menjawab dengan perlahan-lahan. Menjawab dalam keadaan yang terburu-buru hanya akan menyebabkan anda hilang fokus dan emosi tidak dapat dikawal. Boleh jadi anda akan bertengkar dengan penemuduga nanti.
Menjaga Adab Dan Sikap Semasa Temuduga
Elakkan daripada berbohong semasa temuduga.
Sekiranya anda tidak tahu jawapan, elakkan daripada menipu atau mendiamkan diri sahaja. Bersikap jujur sahaja dengan memberitahu anda tidak tahu jawapannya.
Bersedia untuk menceritakan penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.
Jangan berbincang tentang masalah peribadi anda semasa ditemuduga. Ianya tidak berkaitan dengan panel penemuduga dan mereka tak mahu mendengarnya.
Jika disoal tentang pengalaman kerjaya terdahulu, berikan keterangan dengan ringkas, padat dan tepat.
Elakkan daripada memburuk-burukkan bekas majikan anda sama ada dari sektor awam atau sektor swasta yang terdahulu. Kongsikan kisah yang baik-baik sahaja.
Nyatakan kelulusan dan kelayakan anda yang sebenar. Namun usah mendabik dada sekiranya kelayakan dan kelulusan anda amat tinggi.
Anda wajib mengetahui sebahagian dari tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Biar panel penemuduga yang menamatkan sesi temuduga.
Ucapkan terima kasih kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
Jangan lupa berjabat tangan dengan panel penemuduga.
Tips Menghadapi Temuduga SPA 2023
Untuk menghadapi temuduga, anda perlu lihat 2 perkara penting iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga. Persediaan
Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu. Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah :
Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.
Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.
Ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan.
2. Selidik sama ada anda memiliki kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.
3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang menghendaki pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan atau pun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini amat berfaedah sekiranya anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.
4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum sesi temuduga dimulakan. Jangan sekali-kali datang lewat.
5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. Elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, memakai minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.
6. Kuku jari anda mestilah bersih. Rambut hendaklah pendek dan kemas. Kasut hendaklah bersih dan dikilatkan. Pilih kasut yang biasa dipakai oleh penjawat awam.
7. Bawa bersama sijil-sijil akademik dari sekolah dan institusi pengajian tinggi, dokumen-dokumen asal dan surat akuan untuk disemak oleh penemuduga. Susun dokumen tersebut dalam fail lutsinar mengikut susunan kelayakan terendah kepada kelayakan yang tertinggi.
8. Apabila dipanggil masuk ke bilik temuduga, ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Masuk dengan tenang dan mula bersedia untuk ditemuduga.
9. Sediakan penama dan butiran 2 orang yang mengenali anda dan bukan terdiri dari saudara-mara anda untuk memberikan perakuan terhadap diri anda. Dapatkan keizinan dari mereka terlebih dahulu.
Tingkah Laku Semasa Temuduga
Usah gentar semasa masuk ke bilik temuduga. Buat seperti biasa dan beri ucap salam pagi atau tengahari atau petang. Ini penting bagi menghilangkan rasa gemuruh dan mewujudkan suasana mesra di antara anda dan penemuduga.
Jangan hulurkan tangan untuk berjabat tangan selagi penemuduga tidak bergerak terlebih dahulu.
Duduk hanya apabila disuruh. Selepas anda diarahkan untuk berbuat demikian, ucapkan terima kasih dan duduk dengan postur yang baik dan badan yang tegak.
Elakkan daripada meletak barang-barang atau tangan atau siku anda pada meja penemuduga.
Biarkan kedudukan kerusi yang disediakan, usah alihkannya.
Pastikan kaki anda berada dalam keadaan statik. Jangan goyangkannya atau menggerakkannya ke sana sini.
Tunggu penemuduga memulakan sesi temuduga, jangan anda yang memulakan.
Bertenang dan jawab soalan-soalan yang diajukan tanpa gopoh-gapah. Jawab dengan jelas dan mudah didengar. Gunakan bahasa yang sopan ketika menjawab.
Bercakap sambil memandang ke wajah penemuduga. Jika lebih dari seorang, arahkan jawapan-jawapan anda kepada ketua panel.
Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada panel penemuduga sebagai tanda hormat.
Ketika mereka bercakap, jangan sesekali menyampuk dan bertengkar dengan mereka.
Jangan mengunyah apa-apa semasa sesi temuduga sedang berjalan.
Kaedah Penilaian Temuduga
Berikut ialah kadar penilaian yang diberikan semasa temuduga iaitu:
Amat baik
Baik
Sederhana
Lemah
Catitan
Paras rupa fizikal Penampilan diri anda dari segi pakaian, paras rupa dan kekemasan diri.
Tingkah laku Perlakuan am, pengawalan emosi, kejujuran, kesopanan, gaya dan ketenangan.
Kemahiran bertutur Tenang, mudah difahami, kelancaran penyampaian, perbendaharaan kata dan pemilihan perkataan dan penyampaian yang jelas.
Keyakinan Keyakinan diri, kematangan sikap dan pendapat, ketabahan dan kepastian.
Kewibawaan Personaliti yang tegas lagi bertenaga, keupayaan untuk meyakinkan dan mempertahankan hujah.
Motivasi Desakan atau kesungguhan, penyertaan dalam perbualan atau perbincangan dan tidak mudah mengalah.
Pembawaan Kemesraan dan kemampuan bergaul, perangai, berfikiran luas dan kawalan emosi.
Kecerdasan Keupayaan analitikal, kecekapan menjawab, mentaakul, membina dan berfikiran logik.
Pengetahuan Berhubung dengan kelayakan dan pengalaman, isu semasa, isu-isu hangat masa kini.
Kesimpulan SOP Temuduga SPA 2023
Untuk menghadiri temuduga kerja kerajaan, anda perlu memastikan bahawa persediaan dilakukan dengan secukupnya.
Perlu diingat, sebaik sahaja anda melangkah masuk ke temuduga kerja kerajaan ini, ramai lagi calon-calon lain yang tidak terpilih. Jadi anda haruslah bersyukur dan membuat persediaan yang rapi untuk terus masuk ke dalam sektor awam ini.
Maklumat Tambahan Temuduga SPA 2023
Anda boleh terus dapatkan pakej rujukan yang telah banyak membantu calon-calon temuduga memasuki kerja kerajaan sejak tahun 2009 sehingga kini tahun 2023. Gunakan pengalaman kami selama 13 tahun bantu calon temuduga spa melalui rujukan. Terus dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di laman di bawah ini:
Tahukah anda, ada lagi satu ebook rujukan temuduga kerajaan yang agak laris di Malaysia iaitu Ebook ‘Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan’ yang ditulis oleh Jud Jamil.
Ebook ditulis berdasarkan pengalaman beliau berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di agensi kerajaan sejak 13 tahun lalu.
Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.
Antara isi kandungan ebook:
11 Rahsia berjaya dalam temuduga kerajaan
Persediaan sebelum, semasa & selepas hadiri temuduga
Teknik “Competency Based Interview (CBI)”
31 tips mudah untuk berjaya temuduga
Adab temuduga & etika pakaian yang PERLU & ELAKKAN
Anda boleh terus dapatkan pakej rujukan yang telah banyak membantu calon-calon temuduga memasuki kerja kerajaan sejak tahun 2009 sehingga kini tahun 2022. Gunakan pengalaman kami selama 13 tahun bantu calon temuduga spa melalui rujukan. Terus dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di laman di bawah ini:
Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.
Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK OKTOBER 2022
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Ujian Psikometrik: Apakah Kriteria Penilaiannya
Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.
Lulus atau Gagal Psikometrik: Bagaimana Ditentukan?
Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.
Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga, contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.
Deskripsi Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.
Syarat Lantikan
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
a. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
b. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) 1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau 2. lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)
a. Kerja Sosial b. Kerja Sosial Perubatan c. Pengurusan Kerja Sosial d. Sains Sosial (Pengajian Kerja Sosial/Kerja Sosial)
Keperluan Tambahan
Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda/ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
PANGGILAN: UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 pada Julai 2022 ini
Tarikh Ujian:
Semenanjung – 14 Julai 2022 Sabah & Sarawak – 15 Julai 2022
Masa ujian adalah selama 1 jam 30 minit sahaja. Para calon boleh mula menjawab ujian ini pada tarikh yang telah ditetapkan untuk setiap calon.
Masa untuk menjawab adalah dari pukul 9 pagi hingga ke 5 petang. Calon boleh menjawab ujian psikometrik diantara masa tersebut. Disaran calon menjawab pada masa yang lebih awal.
Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.
Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Deskripsi Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.