Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perikanan G29 – Deskripsi Tugas, Syarat Lantikan & Tangga Gaji

penolong pegawai perikanan g29

Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Perikanan G29 untuk Jabatan Perikanan Malaysia telah dibuka. 3 Kekosongan dan 20 simpanan ditawarkan.

Tarikh tutup permohonan : 24 Mac 2020 (Selasa) jam 11.59 malam

Link memohon: https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perikanan G29

Bertanggungjawab membantu pegawai-pegawai perikanan dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan segala aktiviti dan program yang meliputi aspek pengembangan didikan penguatkuasaan, pengawalseliaan serta pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara.

Syarat Lantikan

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    3. diploma dalam bidang perikanan, sains nautika atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan 
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perikanan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Perikanan Gred G29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan

  • Peningkatan Secara Lantikan Ke Jawatan Pegawai Perikanan Gred G41
    Penolong Pegawai Perikanan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

Tangga Gaji

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,494.00RM5,674.00RM 145.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Penolong Pegawai Perikanan G29

Contoh soalan boleh dapatkan di page facebook ini, PM jika tiada: https://www.facebook.com/panduanpeperiksaankerjakerajaan

atau boleh terus whatsapp di 01156397821 (Mohd Hafiz)

Jawatan lain yang berkaitan: Pegawai Perikanan G41

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.