Jawatan kosong Pegawai Perikanan G41 – Deskripsi Tugas, Kelayakan dan Tangga Gaji

pegawai perikanan g41

Permohonan untuk jawatan Pegawai Perikanan G41 untuk Jabatan Perikanan Malaysia sudah dibuka. Kekosongan sebanyak 5 orang dan simpanan sebanyak 30 orang.

Tarikh tutup permohonan : 24 Mac 2020 (Selasa) jam 11.59 malam

Link memohon: https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Deskripsi Tugas Pegawai Perikanan G41

Bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan melaksana segala aktiviti dan program yang meliputi aspek penyelidikan, pengembangan, didikan, pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara. Memberi khidmat kepakaran teknikal dan kejuruteraan seperti untuk pembinaan dan penyelenggaraan kapal-kapal Jabatan.

Syarat Lantikan Pegawai Perikanan G41

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
(a)warganegara Malaysia; 
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
(c)  
(i)ijazah sarjana muda sains kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,288.16);atau 
(ii)Ijazah Sarjana Muda Sains (Perikanan) atau Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37);atau 
(iii)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Laut, Awam atau Elektrik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,492.57); atau 
(iv)Ijazah Sarjana Muda Arkitek Laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,594.78). 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
   
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN 
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perikanan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Perikanan Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
(a)mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan 
(b)had umur pelantikan: 
 berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atauberumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atauberumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Tangga gaji

Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,084.00RM9,551.00RM225.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Pegawai Perikanan G41

Contoh soalan boleh terus dapatkan di https://www.facebook.com/panduanpeperiksaankerjakerajaan

Atau terus whatsapp saya di 01156397821 (Mohd Hafiz)

Jawatan lain: pembantu perikanan g19

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.