Pembantu Awam Gred H11 Kementerian Kesihatan Malaysia Sabah 2022 (Jawatan Kosong)

Jawatan kosong Pembantu Awam Gred H11 di Kementerian Kesihatan Malaysia (Sabah) untuk tahun 2022.

Pembantu Awam Gred H11

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PMR / PT3 (KUMPULAN PELAKSANA)

PEMBANTU AWAM GRED H11 di KKM (SABAH)
KEKOSONGAN: 9

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11

  1. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  2. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  3. Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Lulus 4 subjek termasuk Matematik pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Syarat tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jadual Gaji

Gaji Minimum: RM1,218.00
Gaji Maksimum: RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00

Sumber: Facebook SPA

Contoh Soalan Pembantu Awam H11

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.