Pemandu Kenderaan Gred H11 di KKM Sarawak Lelaki Sahaja 2022 (Jawatan Kosong)

Jawatan kosong Pemandu Kenderaan Gred H11 di Kementerian Kesihatan Malaysia (Sabah) untuk tahun 2022. Calon lelaki sahaja.

Pemandu Kenderaan Gred H11 di KKM Sarawak

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PMR / PT3 (KUMPULAN PELAKSANA)

PEMANDU KENDERAAN GRED H11 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (SARAWAK)
KEKOSONGAN: 7

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumperroller dan traktor pertanian.

Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Lulus 4 subjek termasuk Matematik pada peringkat Pentaksiran Tingkatan tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  4. Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]
  5. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh Skim perkhidmatan ini.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringakat PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jadual Gaji

Gaji Minimum: RM1,218.00
Gaji Maksimum: RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00

Sumber: Facebook SPA

Contoh Soalan Pemandu Kenderaan H11

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.