Jawatan Kosong Pembantu Operasi Gred N11

Jawatan kosong untuk jawatan Pembantu Operasi Gred N11 (Semenanjung)

Jawatan kosong pembantu operasi n11

Iklan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam

JABATAN PERDANA MENTERI SERTA DI PELBAGAI KEMENTERIAN/ JABATANPMR/ PT3 (KUMPULAN PELAKSANA)

JAWATAN : PEMBANTU OPERASI GRED N11 (SEMENANJUNG)

KEKOSONGAN : 13

SIMPANAN : 500

Tarikh tutup permohonan : 6 Februari 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah:
https://spa9.spa.gov.my/login

Jadual Gaji Pembantu Operasi N11

Gaji Minimum: RM1,216.00
Gaji Maksimum: RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00

Syarat lantikan Pembantu Operasi

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia
  • berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • i. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00)

    ii. PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15)

Syarat kelayakan bahasa melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi tugas Pembantu Operasi Gred N11

  • Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
  • Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

Sumber: SPA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.