Checklist Dokumen Semasa Menghadiri Temuduga SPA Bagi Gred 11 dan 19

Senarai Semak Dokumen Semasa Menghadiri Temuduga SPA bagi Gred 11 dan 19

Calon temuduga melibatkan jawatan Gred 11 dan 19 DIWAJIBKAN membawa resume bergambar yang ringkas dan padat bersama-sama dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT yang DISUSUN MENGIKUT TURUTAN semasa menghadiri temuduga SPA seperti berikut:

LANTIKAN BAHARU

Lampiran dokumen A

  1. Resume bergambar
  2. Kad pengenalan
  3. Sijil kelahiran
  4. Sijil kewarganegaraan Malaysia atau bukti lain yang mengesahkan kerakyatan Malaysia seperti sijil kewarganegaraan ibu/bapa (jika berkenaan)
  5. Sijil SRP/PMR/PT3/SPM/SPM (V)/SVM/SKM (Bukan slip peperiksaan)
  6. Sijil akademik lain seperti STPM/STAM/Sijil Matrikulasi KPM/Sijil politeknik/Sijil daripada institusi pendidikan berkaitan/diploma/Ijazah sarjana muda/sarjana/doktor falsafah (jika berkenaan)
  7. Sijil berhenti sekolah menengah
  8. Lesen memandu (jika ada)
  9. Sijil kegiatan luar
  10. Sijil pendaftaran orang kurang upaya/surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program kesejahteraan rakyat (jika berkenaan)

CALON LANTIKAN TETAP YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM/PIHAK BERKUASA/TEMPATAN/BADAN BERKANUN

LAMPIRAN DOKUMEN A

Beserta

LAMPIRAN DOKUMEN B

11. Ringkasan kenyataan perkhidmatan pengesahan ketua jabatan (di pautan pegawai sedang berkhidmat/peningkatan secara lantikan (PSL) (https://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/pegawai-sedang-berkhidmat-psl)

12. Laporan penilaian prestasi tahunan yang terkini

13. Slip keputusan peperiksaan PSL (jika berkenaan)

CALON LANTIKAN BEKAS TENTERA / POLIS

LAMPIRAN A

beserta

LAMPIRAN C

11. Salinan pengakuan perkhidmatan anggota (BAT D 92B)

12. Kad veteran ATM/ kad bekas tentera/ surat pengesahan status berpencen

13. Kenyataan perkhidmatan (BAT.D.132/ KEW 14) dari Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 2011

14. Salinan pengakuan perkhidmatan anggota polis

PERINGATAN

  • Calon DIKEHENDAKI MELENGKAPKAN RESUME di pautan MyResume (https://myresume.spa.gov.my)
  • Kegagalan calon untuk mematuhi syarat wajib penyediaan dokumen serta mengemukakan maklumat palsu boleh MENJEJASKAN PERTIMBANGAN SURUHANJAYA UNTUK URUSAN LANTIKAN.
  • Rujuk surat panggilan temuduga untuk maklumat lanjut

Sumber: SPA

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Untuk calon yang dipanggil temuduga, boleh mendapatkan rujukan temuduga ini khas untuk temuduga kerajaan/spa.
>> https://go.infotambahan.com/temuduga-kerajaan/30?campaign=545

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.