Jawatan Kosong Juruteknik Komputer Gred FT19

Peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam

jawatan kosong juruteknik komputer ft19

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
SPM (KUMPULAN PELAKSANA)

JAWATAN : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19 (SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK)

KEKOSONGAN : 322
SIMPANAN : 65

Tarikh tutup permohonan : 30 Januari 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah:

>> https://spa9.spa.gov.my/login

Syarat Lantikan Juruteknik Komputer FT19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • i – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,377.00)

    ii – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,435.12) atau

    iii – SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,493.24)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SVM DAN SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SVM dan SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

MAKLUMAT TAMBAHAN

  • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Sumber: SPA

Join telegram di bawah untuk dapatkan update terkini jawatan Juruteknik Komputer FT19

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.