Ujian SPiER PDRM 2023, Sarjan Polis YA5 & Konstabel Polis YT1

Panggilan Ujian SPiER PDRM bagi tahun 2023 untuk jawatan Sarjan Polis YA5 dan Konstabel Polis YT1. Semakan boleh disemak bermula dari 21 April hingga 7 Mei 2023.

Ujian Spier PDRM 2023

Pengumuman : Semakan Status Panggilan Ujian SPiER-PDRM bagi jawatan:

Sarjan Polis Gred YA5 (Lelaki/ Wanita) Awam
Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/Wanita)
Link Semakan: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Semua Calon yang telah melepasi pemeriksaan Ujian Fizikal pada bulan Februari tahun 2023 dikehendaki membuat semakan panggilan Ujian SPiER PDRM bermula 21 April hingga 7 Mei 2023

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di info sistem e-Pengambilan PDRM, instagram ,facebook dan telegram Unit Pengambilan PDRM.

Sumber: Facebook Page Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

Deskripsi Tugas Sarjan Polis Gred YA5

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.


Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan
rakyat dan negara.

Deskripsi Tugas Konstabel Polis Gred YT1

  • Melaksanakan Penguatkuasaan Undang-undang.
  • Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan
    a. Membantu menjalankan tugas rondaan keselamatan.
  • Aktiviti Penyiasatan dan Pendakwaan
    a. Mengumpul maklumat.
    b. Membantu mengiringi dan menjaga banduan serta orang
    tahanan.
    c. Menghadiri perbicaraan di mahkamah.
  • Mengumpul Risikan Keselamatan
  • Mencegah dan Mengesan Jenayah
    a. Menjalankan tugas pencegahan jenayah dan membuat
    tangkapan.
  • Skop, Fungsi dan Tugas-Tugas Khas
    a. Mengawal keselamatan pejabat dan bangunan-bangunanpolis.
    b. Mengawal pintu keluar masuk ke kawasan polis.
    c. Bertugas sebagai pemandu kenderaan PDRM.
    d. Menjalankan tugas housekeeping dan sajian makanan di mes
    polis.
    e. Membantu urusan pentadbiran (orderly) di pejabat dan
    membantu di setor polis.
  • Aspek Pengurusan Organisasi
    a. Menghadiri latihan dan menjalankan aktiviti penambahbaikan.

Apakah Ujian SPiER PDRM

Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.

Aspek yang dititikberatkan adalah elemen psikologi dan praktis minda keselamatan berdasarkan norma dan keperluan jabatan atau agensi.

SPIER merupakan 3 sistem ujian psikometrik secara berkomputer iaitu:

  • Ujian minat kerjaya
  • Ujian personaliti
  • Ujian nilai pekerjaan

APAKAH UJIAN PSIKOMETRIK

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

CONTOH SOALAN UJIAN SPIER PDRM PSIKOMETRIK 2023

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

Ujian Psikometrik: Apakah Kriteria Penilaiannya

  • Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
  • Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
  • Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

Sumber: spa.gov.my

Lulus atau Gagal Psikometrik: Bagaimana Ditentukan?

  • Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.
  • Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga, contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

Sumber: spa.gov.my

RUJUKAN LENGKAP UJIAN SPIER PDRM PSIKOMETRIK 2023

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian SPiER Psikometrik 2023 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Latest Comments

  1. Fahmie November 2, 2023
    • En Hafiz November 8, 2023

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.