Tips Di Tempat Kerja Yang Ramai Tak Tahu

Ini adalah beberapa Tips Di Tempat Kerja yang ramai tak tahu. Semoga bermanfaat buat semua yang sedang mahupun akan bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

5 TIPS MENGATASI STRES DI TEMPAT KERJA

Tips Di Tempat Kerja

Stres atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental.

Setiap orang berpotensi untuk mengalami stres ketika bekerja, namun kita akan rasa lebih tenang sekiranya kita dapat mengatasi stres tersebut dengan cara yang betul.

Di sini kami kongsikan lima (5) tips untuk mengatasi stres di tempat kerja. Selamat mencuba!

  • Menyeimbangkan antara kerjaya dan kehidupan
  • Merancang jadual kerja
  • Mempelajari kawalan emosi kendiri
  • Berjumpa dengan kaunselor
  • Mengamalkan zikrullah

6 TIPS LEBIH YAKIN DI TEMPAT KERJA

Keyakinan diri boleh ditafsir sebagai kepercayaan terhadap keupayaan, kualiti, dan pertimbangan diri.

Keyakinan diri penting untuk kesihatan dan kesejahteraan psikologi.

Di sini kami kongsi enam (6) tips untuk tingkatkan keyakinan diri. Selamat mencuba!

  • Bicarakan kata-kata motivasi setiap hari
  • Berhenti membandingkan diri dengan orang lain
  • keluar dari zon selesa
  • Akui kelemahan dan belajar untuk memperbaiki diri
  • Tukar fikiran negatif kepada positif
  • Percaya keupayaan sendiri

4 TIPS TINGKATKAN FOKUS

NAK TINGKATKAN FOKUS SEMASA BEKERJA?

Fokus merupakan tumpuan seseorang terhadap sesuatu benda ataupun aktiviti.

Dalam bekerja, fokus adalah satu perkara yang sangat penting supaya seseorang boleh menyiapkan tugasannya dengan cepat dan efektif.

Disini kami kongsi empat (4) tips untuk fokus semasa bekerja. Selamat mencuba!

  1. Berehat sebentar sekiranya penat
  • Selain badan dan otak, mata anda juga memerlukan sedikit waktu rehat selepas beberapa jam menghadap skrin komputer.

2. Menumpukan tugasan pada masa tertentu

  • Mengutamakan setiap tugasan pada masa tertentu dengan meletakkan target kerja. Abaikan perkara-perkara lain yang mengganggu tumpuan.

3. Jauhkan diri dari gajet

  • Jauhkan gajet dari pandangan supaya tidak mengganggu tumpuan. Ini dapat mengelakkan anda dari melayari Tiktok, Instagram dan lain-lain semasa bekerja.

4. Kerja dalam suasana yang selesa

  • Pastikan anda berada di kawasan yang tidak bising supaya tumpuan anda tidak terganggu. Persekitaran yang bersih turut memainkan peranan.

Sumber: Facebook Page SPA

TIPS UNTUK MENYEIMBANGKAN ANTARA KEHIDUPAN & KERJA

Keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan merupakan satu konsep di mana seseorang individu itu memberikan keutamaan yang optimum antara kerja dan kehidupan.

Keseimbangan antara kehidupan dan kerja penting supaya dalam menjalani kehidupan seharian, seseorang itu masih dapat melaksanakan kerja dengan baik.

Disini kami kongsi beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk menyeimbangkan antara kehidupan dan kerja anda. Selamat mencuba!

  • Cari pekerjaan yang anda minat
  • Menetapkan sempadan waktu kerja
  • Berehat selepas bekerja untuk mengelakkan stres
  • Ambil masa untuk pergi bercuti
  • Mengutamakan kesihatan dengan menjaga pemakanan

Sumber: relevan.com.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.