Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kongsi info graphic tips hadiri temuduga spa.
INFO SPA:
TIPS MENGHADIRI TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Ini tips-tips yang dikongsikan SPA melalu info graphic:
SEBELUM
- Pastikan semua DOKUMEN yang diperlukan LENGKAP & DISUSUN
- Pastikan ETIKA PAKAIAN DIPATUHI
- Membaca dengan TELITI SURAT PANGGILAN TEMU DUGA
- SARAPAN PAGI sebelum hadir ke Pusat Temu Duga
- Menyemak STATUS RISIKO (COVID-19) MySejahtera
SEMASA
- Hadir 10-15 MINIT LEBIH AWAL ke Pusat Temu Duga SEBELUM MASA YANG DITETAPKAN
- Memakai PELITUP SEPARUH MUKA & PELINDUNG MUKA
- MENDAFTAR di KAUNTER PENDAFTARAN
- DUDUK dengan tenang dan tunggu sehingga GILIRAN DIPANGGIL
- Maklumkan kepada Pentadbir sekiranya anda;
MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN/ MENJALANI RAWATAN/ PEMBEDAHAN
MENGANDUNG
BERASA GELISAH YANG KETERLALUAN
Sumber: Facebook Page Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Tips Tambahan Dari Admin PtdExam.com
Menjaga adab dan sikap semasa temuduga
- Elakkan daripada berbohong semasa temuduga.
- Sekiranya anda tidak tahu jawapan, elakkan daripada menipu atau mendiamkan diri sahaja. Bersikap jujur sahaja dengan memberitahu anda tidak tahu jawapannya.
- Bersedia untuk menceritakan penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.
- Jangan berbincang tentang masalah peribadi anda semasa ditemuduga. Ianya tidak berkaitan dengan panel penemuduga dan mereka tak mahu mendengarnya.
- Jika disoal tentang pengalaman kerjaya terdahulu, berikan keterangan dengan ringkas, padat dan tepat.
- Elakkan daripada memburuk-burukkan bekas majikan anda sama ada dari sektor awam atau sektor swasta yang terdahulu. Kongsikan kisah yang baik-baik sahaja.
- Nyatakan kelulusan dan kelayakan anda yang sebenar. Namun usah mendabik dada sekiranya kelayakan dan kelulusan anda amat tinggi.
- Anda wajib mengetahui sebahagian dari tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
- Biar panel penemuduga yang menamatkan sesi temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
- Jangan lupa berjabat tangan dengan panel penemuduga.
Jika anda hadiri temuduga untuk Gred 11 atau 19. Baca Checklist Dokumen ini.
Rujukan Ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan