Temuduga Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia

Jadual Temuduga Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia untuk bulan September 2022

Temuduga Pegawai Imigresen KP19
Temuduga Pegawai Imigresen KP19

SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19
Tarikh Temu Duga: 19 September 2022 – 23 September 2022

Link semakan: https://online.spa.gov.my/online/jad_td/rs/jadual_temuduga.php?pemerolehan=SS20220003

Sumber: Facebook Page SPA

Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga pegawai imigresen kp19

Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.

  1. Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
  2. Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
  3. Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
  4. Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
  5. Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.
  6. Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.

    Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.

Tips menghadapi temuduga imigresen

Untuk menghadapi temuduga, anda perlu lihat 2 perkara penting iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga.

Persediaan

  1. Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
    Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah :
  • Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.
  • Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.
  • Ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan.

2. Selidik sama ada anda memiliki kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.

3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang menghendaki pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan atau pun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini amat berfaedah sekiranya anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum sesi temuduga dimulakan. Jangan sekali-kali datang lewat.

5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. Elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, memakai minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.

6. Kuku jari anda mestilah bersih. Rambut hendaklah pendek dan kemas. Kasut hendaklah bersih dan dikilatkan. Pilih kasut yang biasa dipakai oleh penjawat awam.

7. Bawa bersama sijil-sijil akademik dari sekolah dan institusi pengajian tinggi, dokumen-dokumen asal dan surat akuan untuk disemak oleh penemuduga. Susun dokumen tersebut dalam fail lutsinar mengikut susunan kelayakan terendah kepada kelayakan yang tertinggi.

8. Apabila dipanggil masuk ke bilik temuduga, ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Masuk dengan tenang dan mula bersedia untuk ditemuduga.

9. Sediakan penama dan butiran 2 orang yang mengenali anda dan bukan terdiri dari saudara-mara anda untuk memberikan perakuan terhadap diri anda. Dapatkan keizinan dari mereka terlebih dahulu.

Maklumat tambahan

Anda boleh terus pakej rujukan yang telah banyak membantu calon-calon temuduga memasuki kerja kerajaan sejak tahun 2009 sehingga kini. Terus dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di laman di bawah ini:

Latest Comments

  1. Hilal Zulkafli July 26, 2023
  2. takhiyuddin July 31, 2023
    • En Hafiz July 31, 2023

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.