Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Jururawat (PSL) 2023 Semenanjung

Jadual Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Jururawat (PSL) bagi sesi Januari 2023 di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk calon semenanjung. Semak panggilan anda sekarang!

temuduga latihan separa perubatan diploma jururawat

SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (SEMENANJUNG)

SESI JANUARI 2023

TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA JURURAWAT (PSL)
Tarikh Temu Duga: 17 Oktober 2022 – 20 Oktober 2022
Link Semakan: https://online.spa.gov.my/online/jad_td/rs/jadual_temuduga.php?pemerolehan=SK20220046

Deskripsi Tugas Jururawat

  1. Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  2. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  3. Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  4. Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  5. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  6. Membuat pesanan bekalan peralatan.
  7. Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

JURURAWAT GRED U29

  1. Perawatan Kesihatan Keluarga
    1. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
    2. Perkhidmatan lawatan ke rumah.
    3. Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
    4. Perkhidmatan perancang keluarga.
    5. Pendidikan kesihatan.
  2. Latihan
    Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.
  3. Menyelia
    1. Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
    2. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
  4. Pentadbiran
    1. Mentadbir klinik.
    2. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
    3. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
    4. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
  5. Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
    1. Penjagaan Pesakit
      1. Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
      2. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
      3. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
      4. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
    2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
    3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
    4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
    5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Jadual Gaji

GredGaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
U29RM1,797.00RM5,753.00RM145.00
U32RM2,331.00RM6,394.00RM155.00
U36RM3,590.00RM7,605.00RM180.00

Tempoh Latihan

  • 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
  • 1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)

Tempat Latihan

  • Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
  • Institut Latihan KKM Alor Setar (Kejururawatan)
  • Institut Latihan KKM Bertam (Kejururawatan)
  • Institut Latihan KKM Kuala Pilah (Kejururawatan)
  • Institut Latihan KKM Batu Pahat (Kejururawatan)
  • Institut Latihan KKM Johor Bahru
  • Institut Latihan KKM Kubang Kerian (Kejururawatan)
  • Institut Latihan KKM Sibu (Kejururawatan)
  • Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
  • Institut Latihan KKM Kangar (Kejururawatan)
  • Institut Latihan KKM Kuching
  • Institut Latihan KKM Tawau (Kejururawatan)

Sumber: Facebook Page SPA

Kerjaya Sebagai Jururawat

Pengasas kejururawatan moden Florence Nightingale (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910) telah mencatatkan sejarah kejururawatan melalui sumbangannya semasa peperangan Crimea (1852 – 1854).

Beliau mendapat gelaran Lady With The Lamp kerana dengan bersuluhkan sebuah pelita dalam cuaca yang gelap dan sejuk beliau merawat dan menjaga tentera-tentera yang tercedera dan berada di dalam kesakitan.

Bermula dari peperangan itu wanitawanita yang mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai sifat terpuji diberi latihan dalam bidang kejururawatan. Seterusnya bidang kejururawatan yang formal terus berkembang pesat dan diberi pengiktirafan di seluruh dunia.

Sejarah Kejururawatan Di Malaysia

Kerjaya kejuruawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1800 di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik. Latihan (sambil bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan peperangan dunia ke dua. Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951.

Jururawat adalah profesyen yang mengabungkan antara ‘SENI’ dan ‘SAINS’ yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri. Selain itu, profesyen kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan
yang lebih baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka. Kerjaya kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa. Justeru itu, kerjaya kejururawatan di Malaysia sentiasa menerima perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam pembangunan kerjaya seiring dengan era globalisasi ke arah mencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara maju menjelang 2020.

Sehubungan itu, ia telah memberi peluang perkembangan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi bagi menjamin kehidupan dan kepuasan diri. Selaras dengan itu, anjakan paradigma terhadap kerjaya kejururawatan telah dapat dilihat di mana taraf kerjaya jururawat telah dipertingkatkan dari skim perkhidmatan di dalam kumpulan sokongan melalui pewujudan skim perkhidmatan yang dikenali sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu. Melalui skim perkhidmatan baru ini, gred-gred jawatan di peringkat Pengurusan dan Profesional telah diperluaskan dari Gred U41 hingga ke Gred U54 berbanding dengan peruntukan dibawah skim perkhidmatan terdahulu yang hanya menghadkan gred jawatan tertinggi hingga ke Gred U40 sahaja.

Ciri-ciri Jururawat Profesional

Perwatakan yang diperlukan dalam kerjaya kejururawatan ialah penyayang, cergas, sopan, penyabar, jujur, prihatin, berupaya berkomunikasi dengan baik serta mempunyai sikap yang positif.

Selain dari itu, anggota kejururawatan perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

• Sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran jagaan perawatan dan perubatan terkini seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi perubatan semasa;
• Sentiasa mematuhi etika kerja bagi mencapai taraf kerja yang cemerlang;
• Berfikiran kritis, sentiasa kreatif, inovatif, dedikasi, komited dalam tugas, mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta mempunyai kepakaran dalam bidang perawatan kepakaran tertentu; dan
• Berdisiplin, bekerja berpasukan dan mematuhi peraturan pada setiap masa.

Nilai-nilai murni dalam perawatan yang diamalkan oleh Jururawat di KKM adalah berkonsepkan 10S sebagaimana gambarajah di bawah :

Sumber: moh.gov.my

SOP Temuduga SPA 3.0, Prosedur Operasi Standard 2022

sop temuduga spa

Bacaan penuh di: https://www.ptdexam.com/sop-temuduga-spa-3-0-prosedur-operasi-standard-2022/

Tips Hadiri Temuduga Latihan Separa Perubatan

INFO SPA: TIPS MENGHADIRI TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Baca tips-tips yang dikongsikan SPA melalu info graphic.

Lawati: https://www.ptdexam.com/tips-hadiri-temuduga-spa-info-khas-dari-spa/

Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Temuduga

Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.

  1. Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
  2. Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
  3. Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
  4. Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
  5. Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.
  6. Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.

    Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.

Mengawal Emosi Semasa Temuduga Latihan Separa Perubatan

Sekiranya anda dipandang rendah atau dihina, logiknya anda akan berasa marah dan naik angin. Sudah pasti! Ketika berada di bilik temuduga, anda akan ditanyakan soalan-soalan yang membuatkan anda panas hati kerana ia bakal mencabar kewibawaan anda. Ia adalah salah satu strategi panel penemuduga untuk menguji emosi anda. Adakah anda seorang yang penyabar, cepat marah, kurang sabar dan sebagainya.

Anda yang perlu anda lakukan ialah :

  1. Sedari bahawa panel penemuduga sedang menguji anda.
  2. Jawab setiap pertanyaan dengan jelas dan lantang, tidak terlalu laju atau terlalu perlahan.
  3. Ketepikan sikap ego anda, rendah diri semasa ditemuduga.
  4. Tenangkan diri sebelum menjawab soalan.
  5. Senyumlah walau pun ianya sekadar sebuah lakonan, ikhlaskan senyuman anda.
  6. Buktikan kepada panel penemuduga bahawa anda benar-benar minat dengan jawatan yang dipohon.

Anda dinasihat supaya menjawab soalan dengan tenang, ambil masa untuk berfikir sebentar dan mulai menjawab dengan perlahan-lahan. Menjawab dalam keadaan yang terburu-buru hanya akan menyebabkan anda hilang fokus dan emosi tidak dapat dikawal. Boleh jadi anda akan bertengkar dengan penemuduga nanti.

Menjaga Adab Dan Sikap Semasa Temuduga

  1. Elakkan daripada berbohong semasa temuduga.
  2. Sekiranya anda tidak tahu jawapan, elakkan daripada menipu atau mendiamkan diri sahaja. Bersikap jujur sahaja dengan memberitahu anda tidak tahu jawapannya.
  3. Bersedia untuk menceritakan penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.
  4. Jangan berbincang tentang masalah peribadi anda semasa ditemuduga. Ianya tidak berkaitan dengan panel penemuduga dan mereka tak mahu mendengarnya.
  5. Jika disoal tentang pengalaman kerjaya terdahulu, berikan keterangan dengan ringkas, padat dan tepat.
  6. Elakkan daripada memburuk-burukkan bekas majikan anda sama ada dari sektor awam atau sektor swasta yang terdahulu. Kongsikan kisah yang baik-baik sahaja.
  7. Nyatakan kelulusan dan kelayakan anda yang sebenar. Namun usah mendabik dada sekiranya kelayakan dan kelulusan anda amat tinggi.
  1. Anda wajib mengetahui sebahagian dari tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
  2. Biar panel penemuduga yang menamatkan sesi temuduga.
  3. Ucapkan terima kasih kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
  4. Jangan lupa berjabat tangan dengan panel penemuduga.

Tips Menghadapi Temuduga Latihan Separa Perubatan

Untuk menghadapi temuduga, anda perlu lihat 2 perkara penting iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga.
Persediaan

  1. Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
    Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah :
  • Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.
  • Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.
  • Ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan.

    2. Selidik sama ada anda memiliki kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.

    3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang menghendaki pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan atau pun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini amat berfaedah sekiranya anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

    4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum sesi temuduga dimulakan. Jangan sekali-kali datang lewat.

    5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. Elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, memakai minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.

    6. Kuku jari anda mestilah bersih. Rambut hendaklah pendek dan kemas. Kasut hendaklah bersih dan dikilatkan. Pilih kasut yang biasa dipakai oleh penjawat awam.

    7. Bawa bersama sijil-sijil akademik dari sekolah dan institusi pengajian tinggi, dokumen-dokumen asal dan surat akuan untuk disemak oleh penemuduga. Susun dokumen tersebut dalam fail lutsinar mengikut susunan kelayakan terendah kepada kelayakan yang tertinggi.

    8. Apabila dipanggil masuk ke bilik temuduga, ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Masuk dengan tenang dan mula bersedia untuk ditemuduga.

    9. Sediakan penama dan butiran 2 orang yang mengenali anda dan bukan terdiri dari saudara-mara anda untuk memberikan perakuan terhadap diri anda. Dapatkan keizinan dari mereka terlebih dahulu.

Tingkah Laku Semasa Temuduga Latihan Separa Perubatan

  1. Usah gentar semasa masuk ke bilik temuduga. Buat seperti biasa dan beri ucap salam pagi atau tengahari atau petang. Ini penting bagi menghilangkan rasa gemuruh dan mewujudkan suasana mesra di antara anda dan penemuduga.
  2. Jangan hulurkan tangan untuk berjabat tangan selagi penemuduga tidak bergerak terlebih dahulu.
  3. Duduk hanya apabila disuruh. Selepas anda diarahkan untuk berbuat demikian, ucapkan terima kasih dan duduk dengan postur yang baik dan badan yang tegak.
  4. Elakkan daripada meletak barang-barang atau tangan atau siku anda pada meja penemuduga.
  5. Biarkan kedudukan kerusi yang disediakan, usah alihkannya.
  6. Pastikan kaki anda berada dalam keadaan statik. Jangan goyangkannya atau menggerakkannya ke sana sini.
  7. Tunggu penemuduga memulakan sesi temuduga, jangan anda yang memulakan.
  8. Bertenang dan jawab soalan-soalan yang diajukan tanpa gopoh-gapah. Jawab dengan jelas dan mudah didengar. Gunakan bahasa yang sopan ketika menjawab.
  9. Bercakap sambil memandang ke wajah penemuduga. Jika lebih dari seorang, arahkan jawapan-jawapan anda kepada ketua panel.
  10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada panel penemuduga sebagai tanda hormat.
  11. Ketika mereka bercakap, jangan sesekali menyampuk dan bertengkar dengan mereka.
  12. Jangan mengunyah apa-apa semasa sesi temuduga sedang berjalan.

Kaedah Penilaian Temuduga

Berikut ialah kadar penilaian yang diberikan semasa temuduga iaitu:

  • Amat baik
  • Baik
  • Sederhana
  • Lemah
  • Catitan

Paras rupa fizikal
Penampilan diri anda dari segi pakaian, paras rupa dan kekemasan diri.

Tingkah laku
Perlakuan am, pengawalan emosi, kejujuran, kesopanan, gaya dan ketenangan.

Kemahiran bertutur
Tenang, mudah difahami, kelancaran penyampaian, perbendaharaan kata dan pemilihan perkataan dan penyampaian yang jelas.

Keyakinan
Keyakinan diri, kematangan sikap dan pendapat, ketabahan dan kepastian.

Kewibawaan
Personaliti yang tegas lagi bertenaga, keupayaan untuk meyakinkan dan mempertahankan hujah.

Motivasi
Desakan atau kesungguhan, penyertaan dalam perbualan atau perbincangan dan tidak mudah mengalah.

Pembawaan
Kemesraan dan kemampuan bergaul, perangai, berfikiran luas dan kawalan emosi.

Kecerdasan
Keupayaan analitikal, kecekapan menjawab, mentaakul, membina dan berfikiran logik.

Pengetahuan
Berhubung dengan kelayakan dan pengalaman, isu semasa, isu-isu hangat masa kini.

Kesimpulan SOP Temuduga Latihan Separa Perubatan

Untuk menghadiri temuduga kerja kerajaan, anda perlu memastikan bahawa persediaan dilakukan dengan secukupnya.

Perlu diingat, sebaik sahaja anda melangkah masuk ke temuduga kerja kerajaan ini, ramai lagi calon-calon lain yang tidak terpilih. Jadi anda haruslah bersyukur dan membuat persediaan yang rapi untuk terus masuk ke dalam sektor awam ini.

Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Rujukan Pantas ‘Temuduga Separa Perubatan’ ini disusun dengan pengalaman dan perkongsian calon-calon sebenar sebelum ini.

Jadi anda bakal mendapat satu rujukan yang tepat disertakan dengan contoh soalan untuk persediaan anda.

Komponen rujukan Temuduga ini anda boleh gunakan untuk persediaan temuduga anda tahun ini untuk semua jawatan dalam SKIM SEPARA PERUBATAN oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.