Tag Archives: mohon kerja di mara

jawatan kosong mara 2023

Jawatan Kosong MARA 2023 (Kontrak), Permohonan dibuka!

Jawatan kosong MARA (Majlis Amanah Rakyat) secara kontrak bagi tahun 2023. Permohonan dibuka sekarang!

jawatan kosong mara 2023

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), mempelawa warganegara Malaysia yang memiliki ciri modal insan berilmu, berkeyakinan, berintegriti, berinovatif, berdaya kreatif, berdedikasi dan berkeperibadian cemerlang untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat pentadbiran MARA. Kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

BILJAWATANGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUM
1PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (GRED DV41)

– BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (OPERASI LOJI)

– BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (OPERASI PESISIR)

– BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN
(MAKMAL)
*(KKTM LEDANG, JOHOR)

– BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (SISTEM TERMAJU)
*(KKTM SRI GADING, JOHOR)

– BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (PEMODELAN MAKLUMAT BANGUNAN)
*(KKTM SRI GADING, JOHOR)

– BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BIOKIMIA (MAKANAN)
*(KKTM LENGGONG, PERAK)

– BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN FABRIKASI STRUKTUR
*(IKM BINTULU, SARAWAK)

– BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (ACUAN TEKAN)
*(KKTM BALIK PULAU, PULAU PINANG)
RM 2,322.00RM 9,643.00
2PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (GRED DV29/30)

– BIDANG TEKNOLOGI MARIN
*(IKM BESERI, PERLIS)

– BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKAN
*(IKM SIK, KEDAH)

– BIDANG TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
*(IKM KOTA KINABALU, SABAH)

– BIDANG KOMPETENSI ELEKTRIK (DOMESTIK DAN INDUSTRI)
*(IKM KOTA KINABALU, SABAH)

– BIDANG KOMPETENSI ELEKTRIK (KUASA)
*(IKM KOTA KINABALU, SABAH)

– BIDANG TEKNOLOGI LUKISAN REKABENTUK (MEKANIKAL)
*(IKM KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN)

– BIDANG TEKNOLOGI BANGUNAN
*(IKM KUCHING, SARAWAK)
RM 1,549.00RM 5,701.00
3PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (GRED DV19)

– BIDANG TEKNOLOGI MARIN
*(IKM BESERI, PERLIS)

– BIDANG KOMPETENSI ELEKTRIK (DOMESTIK DAN INDUSTRI)
*(ZON SABAH DAN SARAWAK SAHAJA)

– BIDANG KOMPETENSI ELEKTRIK (KUASA)
*(ZON SABAH DAN SARAWAK SAHAJA)

– BIDANG TEKNOLOGI KIMPALAN
*(IKM KUCHING, SARAWAK)
RM 1,377.00RM 4,052.00
4PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (GRED J19)RM 1,377.00RM 4,052.00
Jawatan Kosong MARA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 4 JUN 2023

Jawatan Kosong Mara: Syarat Utama Lantikan

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Calon bagi lantikan jawatan 1 hingga 4 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Kosong Mara: Syarat Lantikan Bagi Setiap Lantikan

1. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV41

1.1 i. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang teknologi kejuruteraan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV41 : RM2,322.00); atau

ii. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah, ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV41 : RM2,529.00).

1.2 Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29/30, DV35/36, DV37/38 dan DV39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV42. Tawaran ini adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan calon turut telah disahkan dalam perkhidmatan, dan ;

i. mempunyai kelayakan di perenggan 1.1; atau

ii. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

iii. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

iv. lulus peperiksaan kenaikan pangkat;

v. diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.

1.3 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Operasi Loji) dan Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Pesisir) :

i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal / Awam / Kimia / Petroleum / Elektrik / Instrumen atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.4 Keutamaan kelayakan Bidang Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal) :

i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan Bioperubatan / Elektronik Bioperubatan / Elektrik / Elektronik / Mekatronik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.5 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Sistem Termaju) dan Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Permodelan) :

i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.6 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Biokimia (Makanan)

i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Makanan dan Proses / Kejuruteraan Kimia dan Proses / Kejuruteraan Kimia / Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi Industri) / Kejuruteraan Biokimia-Bioteknologi / Teknologi Kejuruteraan Kimia Proses / Teknologi Kejuruteraan Kimia Bioproses / Teknologi Kejuruteraan Kimia Makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.7 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Struktur

i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan / Mekanikal Fabrikasi / Mekanikal atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.8 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Tekan)

i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan / Mekanikal Fabrikasi / Mekanikal atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29/30

2.1 i. Sijil Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 : RM1,549.00); atau

ii. Sijil Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 : RM1,549.00); atau

iii. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 : RM1,624.20); atau

iv. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 : RM1,699.40); atau

v. Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 : RM1,784.80); atau

vi. Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 : RM1,860.00).

2.2 Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Marin:

i. Kompetensi Officer In Charge of An Engineering Watch of 750kW or More Unlimited Trade Voyage atau setara.

3. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV19

3.1 i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV19 : RM1,435.12).

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV19 : RM1,493.24).

4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19

4.1 i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan di Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil

Kekompetenan :

– A0 / A1 = RM 1,435.12

– A4-2 / A4-1 / A4 = RM 1,493.24

– B0-2 / B0-1 / B0 / B1 / B4 = RM 1,551.36

Taraf Jawatan

Kontrak

Jawatan Kosong Mara: Syarat- Syarat Skim Perkhidmatan

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat- syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Permohonan & Kaedah Pelaksanaan

i. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.

ii. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian/online melalui pautan/link yang sah sahaja seperti berikut :

a. Portal rasmi MARA: www.mara.gov.my,

b. Facebook : https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat,

c. Instagram : https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat dan;

d. Twitter : https://twitter.com/maragov.

iii. Hanya permohonan dibuat secara dalam talian/online melalui pautan/link yang sah sahaja akan diterima. Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.

iv. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.

v. Semakan pengiktirafan kelayakan ijazah doktor falsafah / ijazah sarjana / ijazah sarjana muda / diploma boleh dibuat melalui laman web Kementerian

Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf.

vi. Pemohon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

vii. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

viii. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 4 Jun 2023.

PENGARAH

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA

TINGKAT 18, IBU PEJABAT MARA

21, JALAN MARA

50609 KUALA LUMPUR

‘Amanah Rakyat’

Contoh Sijil Suruhanjaya Tenaga

contoh sijil suruhanjaya tenaga

Contoh Sijil Kelayakan SKM

Contoh Sijil Kelayakan SKM

Sumber: MARA