Peperiksaan Online Negeri Terengganu 2023, Pembantu Tadbir (P/O) N19 & Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Panggilan Peperiksaan Online Negeri Terengganu bagi tahun 2023 untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 & Pembantu Pembangunan Masyarakat S19. Semak panggilan anda sekarang!

Peperiksaan Online Negeri Terengganu 2023

SEMAKAN PEPERIKSAAN ONLINE NEGERI TERENGGANU

PENGAMBILAN DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 DAN PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19
TARIKH: 11 Mei 2023 (KHAMIS)
Link semakan: http://e-semakan.spa.gov.my/spnt_n19_s19/

Sumber: SPN Terengganu

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Deskripsi Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

– Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah. Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.
(Rujukan: Laman Web EZSkim)

– Membantu memantau pengurusan dan pengoperasian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Skim Rondaan Sukarela (SRS), Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan. Pengesanan dan pemantauan isu perpaduan dan melaksanakan program pengukuhan masyarakat dalam komuniti.
(Rujukan: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui surat JPN.01/514 Jld(22) bertarikh 09.08.2021)

Sukatan Peperiksaan Online Negeri Terengganu

SEKSYEN A: PENGETAHUAN AM

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum hal-hal yang berkaitan dengan negeri Terengganu dalam bidang ekonomi, budaya, pentadbiran, sosial, sejarah, dan lain-lain perkembangan semasa

Masa: 35 minit
Soalan: 40 (aneka pilihan)

SEKSYEN B: DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik
– Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
– Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

(iii) Konsep Matematik
– Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif

Masa: 25 minit
Soalan: 15 (aneka pilihan)

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE NEGERI TERENGGANU

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM

1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

Jawapan: C

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

3.  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

Jawapan: A

4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Jawapan: A

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

Jawapan: A

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh Soalan:

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji

Ebook Contoh Soalan Peperiksaan Online Negeri Terengganu


Latest Comments

  1. Nurul May 3, 2023
  2. Nadia May 11, 2023

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.