Jawatan kosong Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi tahun 2024 untuk calon Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sebanyak 58 kekosongan dan 200 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK)
KUMPULAN PELAKSANA
SPM/ SPM & SKM
PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19 |
KEKOSONGAN : 58 (SEMENANJUNG = 32, SABAH 12 DAN SARAWAK = 14) SIMPANAN: 200 (SEMENANJUNG = 150, SABAH 25 DAN SARAWAK = 25) |
Tarikh tutup permohonan : 10 Julai 2024 (Rabu), jam 11.59 malam
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login.
Sumber: Facebook Page SPA
Tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran/kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.
Syarat Lantikan Wajib
– Warganegara Malaysia
– Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat Lantikan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP19 :
Kelayakan Masuk | : | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan . |
Gaji Permulaan | : | KP19: RM1,360.00 |
ATAU
Kelayakan Masuk | : | Bekas Tentera atau Bekas Polis |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. |
Gaji Permulaan | : | KP19: RM1,360.00 |
ATAU
Kelayakan Masuk | : | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
Gaji Permulaan | : | KP19: RM1,416.40 |
ATAU
Kelayakan Masuk | : | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
Gaji Permulaan | : | KP19: RM1,472.80 |
DAN
Syarat Lantikan Tambahan | : | -mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;-berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;-mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;-mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);-lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;-pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan-diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar. |
Syarat Bahasa Melayu | : | Kepujian di peringkat SPM/SVM |
DANĀ
Bidang Kelayakan Akademik: | |
Bidang Lain: |
Taraf Pelantikan
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Keperluan Bidang
(Ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan)
Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 2:
(i) Operasi Perkhidmatan Sekuriti.
Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3:
(i) Penyeliaan Keselamatan Akuatik dan Penyelamatan; atau
(ii) Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti.
Keperluan Tambahan
(Ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan)
Keutamaan kepada calon anak negeri Sabah dan Sarawak bagi urusan Sabah dan Sarawak.
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 2024
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 2024
Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?
- Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2024 ini
- Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
- 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
- Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
- Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
- Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
- Edisi terkini dengan 200 hingga 400 contoh soalan
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/