Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 KKM 2022 (Jawatan Kosong)

Jawatan kosong Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tahun 2022.

jawatan kosong penolong pegawai penyediaan makanan C29

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DIPLOMA (KUMPULAN PELAKSANA)

PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN GRED C29
KEKOSONGAN: 3
SIMPANAN: 12

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini

Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29

  1. Bertanggungjawab dalam pengurusan penyediaan makanan, merancang perbelanjaan, merancang menu, menyelia pengendalian makanan termasuk kebersihan dan keselamatan makanan
  2. Perolehan bahan makanan mentah basah/kering, peralatan dapur, pengurusan penyimpanan stor makanan mentah basah/kering serta memantau penyelengaraan peralatan dapur dan kebersihan kawasan persekitaran premis penyediaan makanan.
  3. Memberi khidmat nasihat dalam pembangunan perkhidmatan makanan, perancangan premis dan peralatan dapur serta khidmat kepakaran analisis dan kawalan yang berkaitan dengan penyediaan makanan.

Syarat Lantikan

(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) Memiliki

  1. Sijil dalam bidang pengurusan perkhidmatan makanan, pengurusan hotel dan katering, seni kulinari atau bidang berkaitan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau
  2. Diploma dalam bidang pengurusan perkhidmatan makanan, pengurusan hotel dan katering, seni kulinari atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,782.91).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keperluan Dalam Bidang Pekhususan (Ditentukan Oleh Jabatan)

a. Pengurusan perkhidmatan makanan
b. Pengurusan hotel dan katering; atau
c. Seni kulinari

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penyediaan Makanan adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
b. had umur pelantikan

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang memenuhi kriteria seperti berikut yang layak memohon bagi urusan ini iaitu:

(a) Calon atau ibu/bapa calon merupakan anak negeri di Semenanjung; atau
(b) Alamat tempat tinggal/ semasa calon di Semenjanjung; dan
(c) Calon yang telah memperoleh diploma berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jadual Gaji

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,505.00RM5,696.00RM145.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.