States that legalized gambling

  1. Special Slot Features Fortune Ox: What is good about craps is that its house edge is that its low for the basic bet.
  2. Slot Rtp And Variance Sweet Bonanza - You can play Top Trumps Football Stars without restrictions in demo mode on our website.
  3. Winnings And Scatter Symbols In Zeus Vs Hades: It's pretty classic as far as pokies go, but the fun theme is a great way to spend an hour or an afternoon.

Betting online crypto casino

Common Questions Wheel Of Fortune
We advise beginners to go for pokies with low variance because the payout is more frequent.
Monopoly Live Bonus Game With High Multipliers
The game is based on the popular fairy tale and offers players the chance to win big prizes.
Get the Stardust Casino Welcome Bonus - available for new Stardust players in Australia and Pennsylvania.

Bike crypto casino poker

Lucky Wheel Overall Assessment
For such a young company, BetStars has clearly taken its lead from PokerStars as it has got licenses to make sure it can operate in many different countries throughout Europe and across the globe.
Maximum Profit In Wheel Of Fortune
Most game developers don't list hit frequency (a.k.a.
Gold Rush Popular Online Slot Machine

Jawatan kosong Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam) di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun 2023. Hanya 1 kekosongan dan 4 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!

Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam) Negeri Perlis 2023

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

KUMPULAN PELAKSANA

SIJIL/ DIPLOMA

PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (AWAM)
KEKOSONGAN: 1 (LELAKI)
SIMPANAN: 4 (LELAKI)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Jun 2023 (Isnin), jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Sumber: Facebook Page SPA

Deskripsi Tugas Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam)

Bertanggungjawab melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan. Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Syarat Lantikan Wajib

– Warganegara Malaysia

– Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Lantikan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED JA19:

Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.
Gaji Permulaan:JA19 : RM1,377.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:JA19: RM1,435.12

ATAU

Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Gaji Permulaan:JA19: RM1,493.24

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED JA29:

Kelayakan Masuk:Sijil
Bidang/Kelayakan Khusus:sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:JA29: RM1,549.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Diploma
Bidang/Kelayakan Khusus:diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Gaji Permulaan:JA29: RM1,935.02

DAN

Syarat Lantikan Tambahan:
Syarat Bahasa Melayu:Kepujian di peringkat SPM/SVM

DAN

Bidang Kelayakan Akademik:Kejuruteraan
Bidang Lain:

Kelayakan Tambahan
(Ditetapkan oleh Jabatan)

Hanya calon yang memenuhi kriteria seperti berikut yang layak memohon bagi urusan ini iaitu:

(a) calon lelaki sahaja; dan
(b) calon atau ibu/bapa calon merupakan anak kelahiran negeri Perlis; atau
(c) alamat tempat tinggal/semasa calon di negeri Perlis.

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh sijil/diploma dalam bidang kejuruteraan awam yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

CONTOH SOALAN PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (AWAM)

Note** Format exam rasmi adalah bergantung kepada SPA. Format exam sebenar akan diketahui setelah panggilan exam dibuat oleh pihak SPA.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM

Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan Pentadbiran kerajaan, dasar-dasar kerajaan & Polisi kementerian, Isu-isu semasa dalam & luar negeri, Perlembagaan Malaysia, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui IT dan teknologi semasa, suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh soalan:

1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

Jawapan: C

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

3.  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

Jawapan: A

4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Jawapan: A

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

Jawapan: A

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

Contoh Soalan:

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi sejak tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini.

1. A man was killed when his truck rammed into a _________ car in the middle of a road in Kuantan.

A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery

Jawapan: A

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

A. Solihin got on a plane and managed to arrive on time.
B. There is some pie in the pan over the counter top.
C. Jeffry slept on the couch under the fan last night.
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush.

Jawapan: B

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (AWAM)

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh soalan:

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

EBOOK RUJUKAN


RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (AWAM) 2023

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.