Pegawai Sains C41 : Jadual Gaji, Syarat Lantikan, Deskripsi Tugas

temuduga pegawai sains c41

Pegawai Sains C41

Berikut adalah info tentang syarat lantikan pegawai sains c41, jadual gaji dan deskripsi tugas jawatan ini:

 

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,317.00RM9,620.00RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b)had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
PECAHAN BIDANG :
Kementerian Kesihatan Malaysia –

  • Mikrobiologi – bidang Mikrobiologi
  • Kimia Hayat – bidang Biokimia
  • Genetik – Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
  • Embriologi – Biologi, Genetik
  • Forensik – Sains Forensik
  • Fizik – Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
  • Biomedikal – Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
  • Kaji Serangga – Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
  • Pemakanan – Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi –
Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin

 

Resource: spa.gov.my

 

Untuk Rujukan Temuduga pegawai sains c41, rujuk link ini:

=> https://www.ptdexam.com/temuduga-pegawai-sains-gred-c41/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.