Pegawai Psikologi Gred S41 (Klinikal) KKM 2023, Kekosongan 11 & Simpanan 22

Jawatan kosong Pegawai Psikologi Gred S41 (Klinikal) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tahun 2023. Sebanyak 11 kekosongan dan 22 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!

Pegawai Psikologi Gred S41 (Klinikal) KKM 2023

Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 November 2023 (Khamis), jam 11.59 malam.

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login.

Sumber: Facebook Page SPA

Tugas Pegawai Psikologi Gred S41

Bertanggungjawab merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar dan perkhidmatan psikologi berdasarkan aplikasi psikologi (penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi) dalam bidang psikologi, kaunseling dan psikologi klinikal melalui pendekatan pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi dalam konteks pengurusan sumber manusia, pembangunan manusia dan komuniti, pendidikan, keselamatan dan ketenteraman awam, kesihatan, koreksional dan rehabilitasi.

Syarat Lantikan Wajib

– Warganegara Malaysia

– Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Lantikan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED S41:

Kelayakan Masuk:Ijazah Sarjana Muda Kepujian
Bidang/Kelayakan Khusus:ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:S41: RM2,281.86

ATAU

Kelayakan Masuk:Ijazah Sarjana Muda Kepujian
Bidang/Kelayakan Khusus:ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:S41: RM2,281.86

ATAU

Kelayakan Masuk:Ijazah Sarjana
Bidang/Kelayakan Khusus:ijazah sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:S41: RM2,690.70

ATAU

Kelayakan Masuk:Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
Bidang/Kelayakan Khusus:ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:S41: RM2,997.32

DAN

Syarat Lantikan Tambahan:
Syarat Bahasa Melayu:Kepujian di peringkat SPM/SVM

DAN

Bidang Kelayakan Akademik:Semua Bidang
Bidang Lain:

Bidang Pengkhususan
(Keperluan Jabatan)

Calon memiliki ijazah sarjana atau doktor falsafah dalam bidang psikologi klinikal sahaja.

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana/doktor falsafah dalam bidang klinikal yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan dan keperluan jabatan.

CONTOH SOALAN PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (KLINIKAL)

Note** Format exam rasmi adalah bergantung kepada SPA. Format exam sebenar akan diketahui setelah panggilan exam dibuat oleh pihak SPA.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM

Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan Pentadbiran kerajaan, dasar-dasar kerajaan & Polisi kementerian, Isu-isu semasa dalam & luar negeri, Perlembagaan Malaysia, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui IT dan teknologi semasa, suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh soalan:

1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

Jawapan: C

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

3.  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

Jawapan: A

4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Jawapan: A

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

Jawapan: A

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh Soalan:

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi sejak tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini.

1. A man was killed when his truck rammed into a _________ car in the middle of a road in Kuantan.

A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery

Jawapan: A

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

A. Solihin got on a plane and managed to arrive on time.
B. There is some pie in the pan over the counter top.
C. Jeffry slept on the couch under the fan last night.
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush.

Jawapan: B

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (KLINIKAL)

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh soalan:

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

EBOOK RUJUKAN


RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (KLINIKAL) 2023

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2023 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

DIGIMARKT. - Every business needs a strategy and we are here to help you with the best digital marketing solution.

About Us

DIGIMARKT. is a digital marketing company which provide all of online marketing solutions to help every business to grow bigger and gain more profits. Besides, we also offer a training for every customer that have interest in digital marketing.

Our Mission

Provide the best solution for business in digital marketing with every possible methods like advertisements, seo, etc.

Our Plan

Help every business to grow with our work and also doing research for more digital marketing methods including the trends.

Our Vision

To be a pioneer of digital marketing company online with 100% success rate in customer satisfaction.

Services

We provide almost complete methods to do in digital marketing, you can contact us and get a consultation for which method suits your business.

Google Advertising

We are ready to help you with google advertising to grow your business in search engine

Guest Post

We have access to big traffic news or blog websites that will help you promote your business

3rd Party Advertising

We will provide the best advertising with our 3rd party partner which have more than 1 million traffic a day

Search Engine Optimization

We will create a website for you and do some SEO to get your site reach rank 1 in targeted keywords.

Social Media Advertising

We will create an advertisement on facebook / instagram / tiktok / etc.

Viral Advertising

This is our new method which effectively for local advertising.

Call To Action

Don't Hesitate to Contact Us! We Are Here To Assists You 24/7

Call To Action

Our Skills

SEO 99%
Social Media Ads 99%
Google Ads 99%