Jawatan kosong Pegawai Penguat Kuasa KP9 Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi tahun 2025. Hanya 3 kekosongan dan 14 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!
IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
IJAZAH SARJANA MUDA/IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN/IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG
PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP9 |
KEKOSONGAN: 3 SIMPANAN: 14 |
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mei 2025 (Khamis), jam 11.59 malam.
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login.
Sumber: Facebook Page SPA
Tugas Pegawai Penguat Kuasa KP9
Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapanĀ stakeholders.
Taraf Pelantikan
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Syarat Lantikan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(iii), 1(a)(iv), 1(b)(i) dan 1(b)(ii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keperluan Bidang
Terbuka
Pengesahan Dalam Perkhidmatan
Keperluan Tambahan
Hanya calon yang telah memperoleh:
a) Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana Muda Kepujian/Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan; atau
b) bekas anggota polis/tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspector Polis atau Leftenan Muda atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa KP9 2025
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa KP9 2025
Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?
- Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2025 ini
- Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
- 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
- Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
- Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
- Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
- Edisi terkini dengan 200 hingga 400 contoh soalan
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/