Pegawai Laut Gred AL41 Jabatan Laut Malaysia 2023, Kekosongan 10 & Simpanan 30

Jawatan kosong Pegawai Laut Gred AL41 di Jabatan Laut Malaysia bagi tahun 2023. Sebanyak 10 kekosongan dan 30 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!

Pegawai Laut Gred AL41 2023

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN LAUT MALAYSIA

IJAZAH SARJANA MUDA (PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

PEGAWAI LAUT GRED AL41
KEKOSONGAN: 10
SIMPANAN: 30

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Februari 2023 (Rabu), jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Sumber: Facebook Page SPA

Deskripsi Tugas Pegawai Laut Gred AL41

Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal-ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.

Syarat Lantikan

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Memiliki:

i. ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan maritim yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,429.00); atau

ii. ijazah sarjana muda dalam bidang nautical studies yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,531.88); atau

iii. ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,531.88); atau

iv. ijazah dalam bidang arkitek laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43); atau

v. Chief Mate of 3000 GT or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43); atau

vi. Second Engineer Officer of 3000 kW or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43); atau

vii. Master of 3000 GT or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM3,154.55); atau

viii. Chief Engineer Officer of 3000 kW or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM3,154.55).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Laut adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Laut Gred AL41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1; dan

(b) had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini atau memperoleh sijil kompetensi yang ditetapkan layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jadual Gaji

Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,429.00RM9,637.00RM225.00

CONTOH SOALAN PEGAWAI LAUT GRED AL41

Note** Format exam rasmi adalah bergantung kepada SPA. Format exam sebenar akan diketahui setelah panggilan exam dibuat oleh pihak SPA.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM

Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan Pentadbiran kerajaan, dasar-dasar kerajaan & Polisi kementerian, Isu-isu semasa dalam & luar negeri, Perlembagaan Malaysia, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui IT dan teknologi semasa, suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh soalan:

1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

Jawapan: C

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

3.  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

Jawapan: A

4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Jawapan: A

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

Jawapan: A

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh Soalan:

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi sejak tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini.

1. A man was killed when his truck rammed into a _________ car in the middle of a road in Kuantan.

A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery

Jawapan: A

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

A. Solihin got on a plane and managed to arrive on time.
B. There is some pie in the pan over the counter top.
C. Jeffry slept on the couch under the fan last night.
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush.

Jawapan: B

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI LAUT GRED AL41

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh soalan:

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

EBOOK RUJUKAN


RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI LAUT GRED AL41 2023

ujian psikometrik spa

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2023 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.