Panggilan Ujian Psikometrik Pembantu Keselamatan Gred KP19 2022

Panggilan Ujian Psikometrik Pembantu Keselamatan Gred KP19 di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia pada Ogos 2022.

Ujian psikometrik pembantu keselamatan gred kp19

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA

PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP19
TARIKH : 10 OGOS 2022 (RABU)

Link Semakan: https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SS20220013

Sumber: SPA

Deskripsi Tugas Pembantu Keselamatan Gred KP19

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

APAKAH UJIAN PSIKOMETRIK?

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP19

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.