Pengawas Hutan Gred G19 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2022 (Jawatan Kosong)

Peluang kerjaya: Jawatan kosong Pengawas Hutan Gred G19 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk tahun 2022

jawatan kosong pengawas hutan gred g19

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA (SEMENANJUNG)

SPM & SIJIL PERHUTANAN PENGAWAS HUTAN (KUMPULAN PELAKSANA)

PENGAWAS HUTAN GRED G19
KEKOSONGAN: 7
SIMPANAN: 20

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Syarat Lantikan Pengawas Hutan G19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c.

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,413.40) atau
  2. SPM dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,469.80)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Awam dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengawas Hutan Gred G19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:

  • telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
  • mempunyai kelayakan di perkara 2(c) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan:
    1. berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Pengawas Hutan G19

Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.

Jadual Gaji Pengawas Hutan G19

Gaji Minimum: RM1,357.00
Gaji Maksimum: RM4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

Sumber: SPA

Contoh Soalan Pengawas Hutan G19

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PENGAWAS HUTAN GRED G19

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh soalan:

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK PENGAWAS HUTAN GRED G19 2022

ujian psikometrik spa

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2022 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.