
Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Berikut adalah info tentang deskripsi tugas pembantu perawatan kesihatan U11, tangga gaji jawatan ini dan syarat lantikan ke jawatan ini
Deskripsi tugas pembantu perawatan kesihatan
Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN |
---|---|---|
RM1,204.00 | RM3,001.00 | RM80.00 |
Syarat Lantikan:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00). - Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Kumpulan: Pelaksana
- Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Resources: www.spa.gov.my
Untuk yang dipanggil temuduga ke jawatan ini boleh terus ke link ini: temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11