Category Archives: Pegawai Imigresen kp19

Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen Gred KP19 2023

Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen Gred KP19 2023 Jabatan Imigresen Malaysia

Panggilan Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen Gred KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia bagi tahun 2023. Semak panggilan anda sekarang!

Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen Gred KP19 2023

PENILAIAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19
TARIKH : 27 JUN 2023 (SELASA)
Link semakan: https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrikv2/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SS20230014

Sumber: Facebook Page SPA

Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19

Bertanggungjawab menjalankan tugas mengeluarkan pasport dan dokumen perjalanan, mengeluarkan visa, pas dan permit, mengawal selia pergerakan keluar masuk di pintu-pintu masuk yang diwartakan serta memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan jabatan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan imigresen bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara.

Kekosongan Jawatan

KEKOSONGAN : 404
SIMPANAN: 500

Apakah Ujian Psikometrik

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen Gred KP19

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen Gred KP19

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2023 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
  • Edisi terkini tahun 2023 dengan 200 contoh soalan baru

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19, 109 Kekosongan dan 690 Simpanan

Pegawai Imigresen Gred KP19

Jawatan kosong untuk Pegawai Imigresen Gred KP19 dari Jabatan Imigresen Malaysia

SPM/SKM (KUMPULAN PELAKSANA)

JAWATAN : PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19
KEKOSONGAN : 109
SIMPANAN : 690

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
ATAU
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Tarikh tutup permohonan : 05 Januari 2020 (Ahad) jam 11.59 malam

Syarat Lantikan Pegawai Imigresen Gred KP19

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
    • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen KP19

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.


Sumber: spa.gov.my

Telegram: https://t.me/pegawaiimigresenkp19psee