Ujian REQT Sarawak atau Online Recruitment Entry Qualification Test ialah peperiksaan dalam talian yang digunakan dalam proses tapisan calon bagi pengambilan jawatan tertentu di Sarawak.
Secara mudahnya, ujian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan, kefahaman, kemahiran asas, pemikiran calon dan kesesuaian personaliti calon dengan keperluan perkhidmatan awam.
Ramai calon bila dengar sahaja nama Ujian REQT Sarawak, terus fikir ini sekadar ujian biasa. Hakikatnya, REQT bukan sekadar jawab soalan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
Calon boleh diuji dalam beberapa aspek penting seperti pengetahuan am, pengiraan, perlembagaan, struktur kerajaan, nilai perkhidmatan awam dan psikometrik.
Sebab itu, calon yang dipanggil menduduki Ujian REQT Sarawak sangat digalakkan untuk membuat persediaan awal. Jangan tunggu sehari sebelum exam baru mahu cari contoh soalan. Waktu itu bukan ulang kaji namanya, itu lebih kepada “mode panik terkawal”.
Format Umum Ujian REQT Sarawak
Format sebenar ujian boleh berbeza mengikut jawatan dan arahan semasa yang diterima calon. Namun secara umum, calon REQT Sarawak boleh berdepan beberapa komponen seperti:
- Ujian Generik
- Ujian Psikometrik
- Pengiraan, IQ dan Penyelesaian Masalah
- Pengetahuan Am Sarawak dan Persekutuan
- Perlembagaan dan Struktur Kerajaan
- Nilai, Integriti dan Budaya Perkhidmatan
Dalam Ujian Generik, calon biasanya perlu menjawab soalan objektif dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berdasarkan format terkini yang sering dikongsikan calon, antara topik yang boleh disentuh termasuk:
- Sejarah Sarawak
- Geografi Sarawak
- Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital
- Pengiraan
- Perlembagaan Negeri dan Persekutuan
- Perkhidmatan Awam Sarawak
- Pihak Berkuasa Tempatan
- Nilai seperti integriti, budaya kerja, patriotisme, kulturalisme serta kesatuan dan kepelbagaian
Penting untuk calon faham bahawa walaupun ada soalan dalam Bahasa Inggeris, ia bukan semestinya soalan grammar semata-mata. Soalan boleh berkisar tentang topik pentadbiran, perkhidmatan awam, perlembagaan, nilai dan isu berkaitan Sarawak.
Maksudnya, calon bukan hanya perlu faham bahasa. Calon juga perlu faham isi dan konteks soalan.
Topik Penting Dalam Ujian REQT Sarawak
Antara topik penting yang calon boleh beri perhatian ialah:
1. Sejarah Sarawak
Topik Sejarah Sarawak boleh melibatkan perkara seperti budaya, warisan, acara, tokoh sejarah dan bangunan bersejarah.
Contohnya, calon mungkin ditanya tentang skop sejarah atau elemen warisan yang berkaitan dengan negeri Sarawak. Bagi calon yang memohon jawatan berkaitan arkib, kurator, pentadbiran atau perkhidmatan awam, topik ini sangat relevan.
2. Geografi Sarawak
Topik Geografi Sarawak tidak terhad kepada lokasi semata-mata. Ia boleh melibatkan alam sekitar, perhutanan, pengangkutan, pertanian mampan, keselamatan makanan dan sistem sosial.
Calon perlu biasakan diri dengan istilah asas berkaitan geografi, pembangunan dan kelestarian.
3. Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital
Perkhidmatan awam moden semakin banyak menggunakan sistem digital. Sebab itu, calon boleh diuji tentang perkhidmatan dalam talian kerajaan, ekonomi digital, ICT, keselamatan siber dan kecerdasan buatan.
Contohnya, soalan boleh menyentuh tentang kepentingan keselamatan data, fungsi perkhidmatan kerajaan secara online atau kesedaran keselamatan siber.
4. Pengiraan, IQ dan Penyelesaian Masalah
Bahagian pengiraan boleh melibatkan kewangan, pengukuran, logik, analisis, masa dan ruang. Calon mungkin dibenarkan menggunakan calculator tertentu mengikut arahan semasa, tetapi jangan bergantung sepenuhnya kepada calculator.
Kenapa?
Sebab masalah utama dalam soalan pengiraan bukan semata-mata kiraan. Masalah utama biasanya ialah calon salah faham kehendak soalan.
Contohnya soalan tanya “baki peruntukan”, tetapi calon kira jumlah yang telah digunakan. Nampak kecil, tetapi jawapan terus salah.
5. Perlembagaan dan Struktur Kerajaan
Topik ini penting kerana Ujian REQT Sarawak berkait dengan pemilihan calon sektor awam.
Calon perlu tahu asas berkaitan Perlembagaan Negeri, Perlembagaan Persekutuan, struktur pentadbiran, fungsi kerajaan dan peranan institusi awam.
Tidak semestinya soalan terlalu berat seperti subjek undang-undang. Kadang-kadang yang diuji ialah kefahaman asas.
6. Nilai, Integriti dan Budaya Perkhidmatan
Topik nilai juga sangat penting. Ia boleh melibatkan integriti, budaya kerja, amanah, tanggungjawab, patriotisme, kesatuan, kepelbagaian dan profesionalisme.
Calon sektor awam bukan sahaja dinilai dari sudut pengetahuan, tetapi juga kesesuaian sikap dan nilai kerja.
Contoh Soalan Ujian REQT Sarawak
Di bawah ini beberapa contoh soalan ringkas untuk membantu calon faham bentuk soalan yang mungkin berkaitan dengan Ujian REQT Sarawak.
Contoh Soalan 1: Sejarah Sarawak
Antara berikut, yang manakah termasuk dalam skop Sejarah Sarawak?
A. Tokoh Sejarah
B. Pengurusan Sisa
C. Pengiraan Kewangan
D. Keselamatan Siber
Jawapan: A. Tokoh Sejarah
Huraian:
Sejarah Sarawak boleh melibatkan tokoh sejarah, warisan, budaya, acara dan bangunan bersejarah. Pengurusan sisa lebih berkait dengan Pihak Berkuasa Tempatan, manakala keselamatan siber pula lebih dekat dengan Teknologi Maklumat.
Contoh Soalan 2: Geografi Sarawak
Which of the following is related to Geography of Sarawak?
A. Forestry
B. Licensing
C. Federal Constitution
D. Working Culture
Answer: A. Forestry
Explanation:
Forestry atau perhutanan berkait dengan Geografi Sarawak kerana ia melibatkan alam sekitar, sumber semula jadi dan kelestarian.
Contoh Soalan 3: Teknologi Maklumat
Apakah tujuan utama perkhidmatan dalam talian kerajaan?
A. Memudahkan urusan rakyat dengan agensi kerajaan
B. Menghapuskan semua dokumen rasmi
C. Menggantikan semua penjawat awam
D. Mengurangkan kepentingan keselamatan data
Jawapan: A. Memudahkan urusan rakyat dengan agensi kerajaan
Huraian:
Perkhidmatan dalam talian kerajaan bertujuan memudahkan urusan rakyat, meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan mempercepat proses pentadbiran.
Contoh Soalan 4: Pengiraan
Sebuah program mempunyai bajet RM15,000. Sebanyak 40% digunakan untuk logistik dan 20% digunakan untuk bahan cetakan. Berapakah baki bajet program tersebut?
A. RM4,500
B. RM5,000
C. RM6,000
D. RM7,500
Jawapan: C. RM6,000
Cara kira:
40% + 20% = 60% digunakan
Baki = 100% – 60% = 40%
40% × RM15,000 = RM6,000
Huraian:
Soalan ini menguji kefahaman calon terhadap peratus, baki dan situasi kewangan. Dalam exam sebenar, calon perlu baca soalan dengan teliti supaya tidak tersilap kira jumlah yang digunakan berbanding baki yang ditanya.
Contoh Soalan 5: Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan secara umumnya merujuk kepada:
A. Undang-undang tertinggi negara
B. Jadual tugasan pejabat
C. Lesen perniagaan tempatan
D. Senarai nama kakitangan jabatan
Jawapan: A. Undang-undang tertinggi negara
Huraian:
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama negara yang menjadi asas kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran Malaysia.
Apa Itu Psikometrik Dalam Ujian REQT Sarawak?
Psikometrik ialah ujian yang digunakan untuk menilai kecenderungan personaliti, nilai kerja, integriti, emosi, daya tahan dan kesesuaian calon.
Ramai calon anggap soalan psikometrik mudah kerana tiada pengiraan yang rumit. Tetapi jangan terlalu selesa.
Soalan psikometrik biasanya nampak pendek, tetapi ia boleh menilai banyak perkara. Antaranya:
- Kejujuran
- Integriti
- Kawalan emosi
- Ketahanan mental
- Sikap terhadap kerja
- Kecenderungan kepada sektor awam
- Kemampuan bekerja dalam pasukan
- Disiplin dan tanggungjawab
Kesilapan biasa calon ialah menjawab ikut “nampak baik” sahaja tanpa konsisten. Ada juga calon jawab terlalu sempurna sampai nampak tidak realistik.
Sebaiknya, jawab dengan nilai kerja yang betul, konsisten dan sesuai dengan prinsip perkhidmatan awam.
Contoh Soalan Psikometrik Bahasa Melayu
Contoh Soalan Psikometrik BM 1
Saya akan melaporkan salah laku walaupun melibatkan rakan sekerja yang rapat dengan saya.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Cadangan Jawapan: D. Sangat Setuju
Huraian:
Soalan ini menilai integriti dan keberanian profesional. Dalam sektor awam, salah laku tidak boleh dilindungi hanya kerana hubungan peribadi.
Contoh Soalan Psikometrik BM 2
Saya mudah hilang fokus apabila menerima teguran di hadapan rakan sekerja.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Cadangan Jawapan: B. Tidak Setuju
Huraian:
Soalan ini berkait dengan pengurusan emosi dan daya tahan. Calon yang matang mungkin berasa kurang selesa apabila ditegur, tetapi masih mampu mengawal emosi dan kembali fokus kepada tugas.
Contoh Soalan Psikometrik BM 3
Saya sanggup mengabaikan prosedur kerja jika saya rasa cara saya lebih cepat.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Cadangan Jawapan: A. Sangat Tidak Setuju
Huraian:
Dalam perkhidmatan awam, prosedur penting untuk memastikan kerja dibuat secara teratur, telus dan bertanggungjawab. Mengabaikan prosedur boleh menjejaskan integriti organisasi.
Contoh Soalan Psikometrik Bahasa Inggeris
Contoh Soalan Psikometrik BI 1
I can remain calm when dealing with an angry member of the public.
A. Strongly Disagree
B. Disagree
C. Agree
D. Strongly Agree
Suggested Answer: D. Strongly Agree
Explanation:
This question assesses emotional control, professionalism and patience. Public service candidates should be able to remain calm when dealing with pressure.
Contoh Soalan Psikometrik BI 2
I will ignore a small mistake in an official document if it does not affect me personally.
A. Strongly Disagree
B. Disagree
C. Agree
D. Strongly Agree
Suggested Answer: A. Strongly Disagree
Explanation:
This question assesses integrity, accountability and attention to detail. Official documents must be handled carefully, even when the mistake does not directly affect the candidate.
Contoh Soalan Psikometrik BI 3
In the past 12 months, have you experienced the following thought, feeling, or behaviour? You felt unwell when you stopped taking drugs.
A. No
B. Yes
Suggested Answer: A. No
Explanation:
This question may screen for possible substance dependence. A suitable public service candidate should not show signs of dependency on drugs or harmful substances.
Penilaian:
Etika dan Integriti, Pengurusan Emosi dan Daya Tahan, Kecenderungan Kerjaya Sektor Awam.
Tips Menjawab Ujian REQT Sarawak
Berikut beberapa tips penting untuk calon yang akan menduduki Ujian REQT Sarawak.
1. Faham Format Terlebih Dahulu
Jangan terus baca nota secara rawak. Fahamkan dahulu format exam. Kenal pasti bahagian yang mungkin diuji seperti Ujian Generik, psikometrik, pengiraan, perlembagaan dan nilai.
Bila calon tahu format, ulang kaji akan jadi lebih terarah.
2. Fokus Pada Topik Yang Berkait Dengan REQT
Jangan baca semua benda sampai serabut. Fokus pada topik seperti Sejarah Sarawak, Geografi Sarawak, Teknologi Maklumat, Pengiraan, Perlembagaan, Perkhidmatan Awam Sarawak, Pihak Berkuasa Tempatan dan Nilai.
3. Biasakan Diri Dengan Contoh Soalan
Contoh soalan membantu calon faham bentuk ayat, cara pilihan jawapan disusun dan cara berfikir semasa menjawab.
Ini penting kerana kadang-kadang calon bukan tidak tahu, tetapi tidak biasa dengan bentuk soalan.
4. Jangan Abaikan Psikometrik
Psikometrik bukan sekadar “jawab ikut hati”. Ia menilai banyak aspek berkaitan personaliti dan nilai kerja. Pastikan jawapan konsisten dan selari dengan nilai perkhidmatan awam.
5. Latih Soalan Pengiraan
Bahagian pengiraan boleh nampak mudah, tetapi calon mudah silap jika gopoh. Latih soalan berkaitan peratus, masa, jarak, purata, logik dan analisis data ringkas.
6. Jaga Persediaan Teknikal
Jika ujian dijalankan secara online, pastikan peranti, internet, kamera, mikrofon dan pelayar yang digunakan dalam keadaan baik. Jangan tunggu pagi exam baru mahu semak semua benda.
Laptop update Windows 30 minit sebelum exam bukan cabaran REQT. Itu cabaran hidup.
7. Rehat Secukupnya
Malam sebelum exam, jangan paksa otak baca semua benda sampai 3 pagi. Ulang kaji ringkas, semak topik penting dan tidur secukupnya.
Otak yang tenang lebih mudah membaca soalan dengan tepat.
Rujukan Ujian REQT Sarawak 2026
Untuk calon yang mahu membuat persediaan lebih tersusun, kami menyediakan Rujukan REQT Sarawak versi latest Oktober 2026.
Rujukan ini telah diperbaharui dan kini mengandungi 308 muka surat.
Antara isi kandungan utama:
✅ Maklumat Perjawatan & Format REQT
✅ Nota Pengetahuan Am Sarawak & Persekutuan
✅ 90 Contoh Soalan Ujian Generik
✅ 250 Contoh Soalan Psikometrik
✅ Pengiraan, IQ & Penyelesaian Masalah
✅ Perlembagaan & Struktur Kerajaan
✅ Nilai, Integriti & Budaya Perkhidmatan
Pecahan contoh soalan:
✅ 90 contoh soalan Ujian Generik
- 45 contoh soalan Bahasa Melayu
- 45 contoh soalan Bahasa Inggeris
✅ 250 contoh soalan Psikometrik
- 200 contoh soalan Psikometrik Bahasa Melayu
- 50 contoh soalan Psikometrik Bahasa Inggeris
Rujukan ini bukan soalan bocor.
Ia disediakan sebagai bahan persediaan supaya calon dapat memahami format, membiasakan diri dengan contoh soalan dan membuat ulang kaji dengan lebih fokus.
Calon yang mahu dapatkan rujukan boleh ke pautan berikut:
Penutup
Ujian REQT Sarawak bukan exam yang sesuai diambil sambil lewa. Walaupun ada soalan yang nampak mudah, calon tetap perlu memahami format, topik dan cara menjawab dengan betul.
Persediaan yang baik tidak semestinya menjamin lulus, tetapi ia membantu calon masuk exam dengan lebih yakin, lebih tenang dan lebih tersusun.
Ingat, calon yang bersedia bukan calon yang tahu semua benda.
Calon yang bersedia ialah calon yang tahu apa perlu difokuskan, rajin berlatih dan tidak bergantung kepada nasib semata-mata.
Semoga artikel ini membantu calon yang sedang membuat persediaan untuk Ujian REQT Sarawak.
Buat persediaan awal, latih contoh soalan dan masuk exam dengan keyakinan.